Memo dalaman - penyerahan sementara tugas Pengetua

1. Dimaklumkan bahawa saya akan menjalankan tugas rasmi MSSM di Sarikei mulai 30.03.2010 hingga 01.04.2010. Sementara ketidak hadiran saya, tugas Pengetua dijalankan oleh PK1.
2. Pada 30.03.2010, PK1 akan menghadiri mesyuarat ABM di Kuching. Semasa ketidak hadiran PK1 pada bila-bila masa kerana tugas rasmi seperti itu, tugas Pengetua diserahkan kepada PK HEM.
3. Antara tugas kritikal Pengetua ialah mengambil tindakan segera kepada surat-surat dari KPM / JPN / PPD. Seringkali tarikh mati ditetapkan adalah sangat singkat. Sila patuhi tarikh tersebut. Jika tarikh tersebut tidak dapat dipatuhi, sila hubungi pegawai berkenaan untuk menetapkan tarikh baru.
4. Selain itu, sila hadir sendiri mesyuarat yang memerlukan kehadiran Pengetua. Mesyuarat lain boleh dihadiri oleh guru berkenaan.
5. Sebagai peringatan, hari Jumaat, 02.04.2010 adalah cuti umum Good Friday. Hari Isnin, 05.04.2010 pula, sekolah mengambil Cuti Peristiwa Easter Monday. Selamat bercuti.

--
Salam sejahtera,

Hj Rambli Zainudin

In th news - Patuhi pekeliling KPM

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
dan MOHAMMAD YASIR JAAFAR
pengarang@utusan.com.my
KUALA PILAH 25 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua Pengarah Pelajaran negeri dan sekolah supaya mematuhi arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia bertujuan mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan guru yang merasakan dibebani oleh kerja tidak relevan dengan tugas hakiki berikutan arahan dikeluarkan di peringkat negeri.
‘‘Saya maklum mengenai perkara itu sejak kebelakangan ini, malahan saya sendiri memberikan perhatian terhadap isu tersebut. Umpamanya beban kerja guru, soal kebajikan selain perjawatan dan sebagainya,” katanya.
Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kampus tetap Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan di Beting, dekat sini hari ini.
Beliau ditanya berhubung satu cadangan yang dikemukakan oleh Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan (NUTP) yang mengancam untuk mengadakan demonstrasi di seluruh negara sebagai tanda bantahan dengan bebanan kerja tanpa kaitan yang diberikan oleh pengetua dan guru besar.
NUTP mendakwa terdapat guru yang diminta membuat laporan demi laporan, pelan tindakan, kertas kerja, yang mana disifatkan tidak relevan dengan tugas hakiki mereka.
Menurut NUTP, tindakan itu boleh menjejaskan kualiti pengajaran seorang guru dan yang menjadi mangsa utamanya adalah pelajar itu sendiri.
Mengulas lanjut, Muhyiddin menegaskan, tugas guru telah diperjelaskan oleh pihak kementerian dan pengarah di negeri serta sekolah wajar mematuhi apa juga pekeliling yang telah dikeluarkan oleh kementerian tersebut.
Sehubungan itu beliau akan menemui semua Pengarah Pelajaran negeri untuk memastikan bagaimana segala dasar dan arahan yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran dapat dipatuhi.
Kata Muhyiddin, pertemuan itu akan melibatkan Ketua Pengarah Pelajaran, pengarah-pengarah peringkat kementerian serta pengarah pelajaran negeri.
‘‘Selepas itu, saya juga akan mengadakan pertemuan dengan semua Pegawai Pelajaran Daerah untuk mencari jalan terbaik menyelesaikan apa juga perihal berbangkit termasuklah berkaitan beban tugas dan kebajikan guru,” katanya.
Beliau berkata, Kementerian Pelajaran memang mengeluarkan pekeliling dari semasa ke semasa kepada pengarah peringkat negeri mengenai apa yang perlu dilakukan di sekolah-sekolah.
‘‘Cuma masalah timbul apabila ada pengetua dan guru besar mengambil langkah tertentu mengikut budi bicara mereka sehingga menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati di kalangan guru.
‘‘Semua itu, bukanlah arahan kementerian kerana kita ada panduan yang hendak dibuat dan dilaksanakan."
‘‘Persoalannya bagaimana kita hendak menyeragamkan semua tindakan itu supaya sesuatu keputusan yang dibuat di peringkat kerajaan dan kementerian dapat dilaksanakan dengan baik. Itulah yang akan kita selesaikan,” tambah beliau.
Muhyiddin berkata, pertemuan dengan Pengarah Pelajaran negeri itu juga bukanlah disebabkan desakan NUTP, tetapi beliau sendiri berhajat menemui mereka.
Ditanya mengenai tindakan demonstrasi yang hendak dilakukan oleh NUTP jika tuntutan mengenai beban tugas tidak dapat diselesaikan, Muhyiddin berkata, Ketua Pengarah, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom telah pun menemui pihak berkenaan.
Kata Pengetua:
1. Sebagai pegawai awam, guru mestilah mematuhi segala arahan yang dikeluarkan melalui surat pekeliling, surat panduan dan surat arahan dari masa ke semasa. Surat pekeliling juga berbagai: ikhtisas, perkhidmatan, kewangan, perolehan, perbendaharaan. Sekolah menerima berbagai arahan, selain daripada melaksanakan program sekolah sendiri. Program sekolah sendiri itu adalah untuk memastikan hasrat pendidikan itu tercapai ia itu untuk memastikan perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar tercapai. Saya rasa guru bersunggut apabila menerima berbagai arahan yang berbentuk pentadbiran yang tiada kaitan dengan p&p dan di mana juga mereka tidak ada kemahiran di dalamnya. Ditambah pula dengan dead lines yang ada kala sangat singkat. Nampaknya sekarang, semua perkara menjadi urgent, walaupun tidak penting!
2. Jika ada tindakan saya yang menyumbang kepada beban kerja, sila maklumkan saya supaya kita boleh bincang dalam mmesyuarat pengurusan.

Bidang keberhasilan utama national (NKRA) KPM

NKRA

1. Disertakan bahan Bidang Keberhasilan Utama Nasional / National Key Result Areas (NKRA) KPM. Saya edarkan bahan tentang NKRA ini supaya semua staf termaklum tentang hasrat negara. Disertakan bahan tersebut dan powerpoint berkaitan untuk maklumat semua staf.                              
2. Sekolah telah diminta oleh PPD untuk memastikan semua staf termaklum tentang NKRA ini. Sila tandatangan senarai nama yang diedar oleh PK 1 (untuk sesi pagi dan AKS) dan PK Ptg (untuk sesi petang) untuk menunjukkan anda termaklum tentang NKRA ini.
Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) KPM dan KPI Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
YAB Perdana Menteri telah mengumumkan fokus Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk pimpinan negara. NKRA tersebut turut merangkumi bidang pendidikan negara yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Bidang keutamaan yang dikenalpasti yang diberi keutamaan oleh negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:
1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.
2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.
3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.
4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.
Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :
1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)
2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.
3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).
4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).
5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.
6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

Link bagi slide

1 my

Senarai nama atlet

1. Guru Tingkatan berkenaan: sila maklum dan tandakan pelajar tersebut sebagai tidak hadir bersebab. Mereka juga tidak hadir pada hari Sabtu (kelas ganti) ini. Anggapkan juga mereka tidak hadir bersebab. Sekiranya mereka hadir, itu pilihan mereka.

BULETIN PASUKAN OLAHRAGA SMK SERIAN 2010

BERIKUT ADALAH SENARAI NAMA ATLET YANG AKAN MEWAKILI PASUKAN SMK SERIAN KE KEJOHANAN MSSG SAMARAHAN KALI KE -7 PADA;

TARIKH: 22 – 26 MAC 2010

TEMPAT: STADIUM MINI SAMARAHAN

 

 

LELAKI

PEREMPUAN

KATEGORI A

KATEGORI A

1. STANLEY AK  MACHAW                    T.5K1

1. AZIZAH BF HAMDAN                          T.5S5

2. BOBBY SANTOS JUBANG                  T.4S4

2. JULINA CHUNG PEI LAN                     T.5S5

3. NICLAS AK SANTAP                            T.4K2

3. SHIRLEY KHOO SIAW CHEN               T.5K7

4. AZMIZAN B AZMAN                          T.4K5

4. MIRA FAZIRA BT IDRIS                        T.4S4

5. AMIRUDDIN B AHIM                         T.5S4

5. VIENA CAMARSIA JENNY                    T.4S5

6. ROCKY ROYSTER JOHN                     T.4MPV

6. LUCY AK PETER                                     T.5K3

7. JENSCAN CHAI                                   T.5S3

7. NUR AIDA BT ASARI                             T.4K3

8. ASPARILLA AK JUENG                       T.4S4

8. ATINA TERA                                           T.4K6

9. MEDERO AK PATA                            T.4K1

9. ANNABELLA BONG LU A                     T.4K3

 

10. EMPLYN AK RAFAEL                             T.4K1

10. MOHD FARID B BUJANG                  T.6AK

11. EMILY AK BALUK                                  T.4K1

11. MOHD RAMADHAN                          T.5K5

12. ABIGAIL SIAW                                        T.4S2

12. BONG KEE YEW                                 T.5S1

13. FLORA AK LEHEN                                  T.5K7

13. LAI MUI SIONG                                 T.5K2

 
   

14. ANDERSON AK ALAS                        T.4MPV

 

15. AMOS                                                 T.5K6

 

16. HANIF SHOFIAN                                T.5K5

 

17. MOHD FADILLAH                              T.4S5

 

18. ERICK AK STEPHEN                           T.5K4

 

KATEGORI B

KATEGORI B

1. YNGWIE MALMSTEENS                   T.3E

1. DEBBY PAYAH                                       T.3M

2. MAC TAYRON AK LIMPAR               T.3J

2. FARIZA JOHAN ANIE                            T.3I

 

3. EMILDA AK ILING                                 T.3A

3. PETER GANI                                       T.3M

4. NUR MADIAH BT AHMAD                   T.3I

4. ZUAMIZAL                                          T.3G

5. NOREMA AK HAYMIS                          T.3D

5. ANAS                                                   T.3G

6. NUROL SHAHITA                                  T.3B

6. MOHD SAIFFULLAH                          T.3F

7. WAN NUR NADHIRAH WAN AFANDI   T.3H

7. KIPLI B KAMARUDDIN                      T.3I

8. HAJAR BT MOHAMMAD                     T.3C

8. JONG TING ANN                                T.2I

 

9. LIEW YOU QIN                                   T.3F

 

10. YUNG KIAN LIEW                              T.3F

 

11. AMBROSSOM AK MARIS                 T.3E

 
   

12. BILBIAN                                              T.3 E

 

13. BOBOY AK GUYAW                          T.3K

 

14. ROLANO AK APONG                         T.3H

 

KATEGORI C

KATEGORI C

1. MOHD ARIF B. SUFFIAN                  T.2G

1. NURFARHANA NATASYA                     T.1I

2. MOHD HADI NASRI B AS-ARI         T.2I

2. JOSCELIN                                                T.1E

3. BRIAN AK PILIP                                 T.2D

3. SURAWIYAH                                          T.2H

4. EIRSARD EMIER                                T.2E

4. NUR D’EZIRA                                         T.2G

 

5. NUR AMIRA                                           T.2F

5. MOHD ZULFIQA                                T.2C

6. SUZANNE                                               T.1A

6. JIMIE HILLTON                                   T.2C

7. OLIVIA                                                    T.2M

7. JEREMY AK SALEH                             T.2C

8. AURELIA AK ALBERT                            T.1E

8. ROHN LAING AK SIMON S               T.2K

9. ALEXIS ELVINA GADING                      T.1E

9. CLARANCE AK LAMBI                       T.2I

 

10. RAFFAIN B JOHARI                            T.2H 

10. DYG FARZILLAH BT A.ROSLI               T.1

11. CASIMIR AK CEYLON                         T.2J   

11. NURUL AMIRAH TAJUDIN                T.2F

12. KEVIN AK MAHON                             T.1P

 
 

12. NUR MAZZIYAH                                  T.1B

 

13. INTAN SUHANA                                  T.2J

   
 

14. CAROLINE CONNIE MADEL               T.2M

 

15. ALICE LAYAM AK DICKSON               T.1C

GURU YANG BERKENAAN SILA AMBIL PERHATIAN. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA SMK SERIAN DI ATAS KERJASAMA DAN SOKONGAN YANG TELAH DIBERIKAN DEMI UNTUK MENCAPAI MISI PASUKAN OLAHRAGA SEKOLAH.

“SMK SERIAN TERUS UNGGUL”.  TERIMA KASIH.

Tip: Healthiest Foods on Earth

logo

1. Berries

All berries are low in sugar and high in fiber. Blueberries have been shown to increase memory in lab studies, and raspberries and strawberries are loaded with ellagic acid, a powerful antioxidant that seems to have some anti-cancer properties, according to the American Cancer Society.
2. Beans healthyfoods

Beans are extremely high in fiber, which helps to control weight, prevent or manage diabetes and blood sugar, and may help prevent colon cancer and protect against heart disease. The National Institute of Medicine recommends 25-38 grams of fiber a day. The average American gets only 4-11 grams. One cup of beans provides 11-17 grams.

3. Nuts

Some of the largest and most important long-term studies of diet and health have shown that eating nuts several times a week is consistent with ....

Click to read more ...

Fwd: Fw: FW: Important information

ALERT

Markah Ujian Pra-PMR Program MaCS 01 - 05 Mac 2010

1. Saya harap semakan terhadap kertas Ujian Pra-PMR Program MaCS (yang telah diadakan pada 01 - 05 Mac 2010) telah sempurna dibuat oleh guru mata pelajaran berkenaan.

2. Pada hari ini (Isnin, 22.03.2010), guru mata pelajaran akan memasukkan markah tersebut ke dalam EditGrid.

3. Esok, Guru Tingkatan, Tingkatan 3 akan memasukkan markah tersebut ke dalam (Sistem Analisis Peperiksaan) SAP123. Sebelum dapat berbuat demikian, satu taklimat dan "hand holding session" akan diadakan pada jam 0830 pagi esok di Pusat Akses.

4. Semua Guru Tingkatan, Tingkatan 3 adalah dikehendaki hadir supaya kerja tersebut dapat dilaksanakan dan sekolah dapat menghantar markah tersebut kepada PPD sebelum 26.03.2010.

In the news - "I want to be a millionaire"

‘I want to be a millionaire’
Stories by RASHVINJEET S.BEDI and SUMISHA NAIDU

No longer a dream but a possibility, today’s youth aspire to be rich, become a millionaire by the age of 35, and are confident that they can attain their ambition.
Read on:  http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/14/focus/5739757&sec=focus

Peluang makan percuma setiap hari

Oleh MEGAT RAMLI
MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

ne_02_1

SELEPAS menjamu selera, pengunjung Pusat Makan Percuma di Seksyen 16, Shah Alam ini digalakkan membasuh pinggan sendiri.

SHAH ALAM - Sebuah restoran di Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16, di sini semakin menjadi tarikan sejak dibuka pada 12 Februari lalu apabila ia menawarkan makanan percuma setiap hari kepada pengunjung tanpa mengira kaum dan status.
Restoran yang diberi nama Pusat Makan Percuma itu beroperasi setiap hari melainkan Ahad dan cuti umum dari 10.30 pagi hingga 6 petang.
Ia dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia, sebuah badan sukarela yang diasaskan oleh ahli perniagaan, Mohamad Sauffi Hamzah.

Fwd: FW: Best paint job in town !!!!

image002

Teachers plan demo over irrelevant workload

SEREMBAN: Teachers are considering holding a nationwide demonstration if the Education Ministry does not reign in overzealous state education department heads and headmasters who burden them with “irrelevant work”.
They claim to have reached “near breaking point” and left with no choice but to hold a demonstration so that the higher-ups would take note of their plight.
The decision was taken by National Union of the Teaching Profession (NUTP) delegates during a three-day meeting which ended here yesterday. There are some 350,000 teachers in service.
Its president Lt Cdr (Rtd) Hashim Adnan said teachers’ were now reduced to mere reporters rather than allowed to focus on teaching.
“We are tasked to do reports after reports, action plans and working papers; most of which are totally irrelevant to our work. I must say this has affected the quality of teaching and the victims are the students,” he told The Star.
Hashim said state department heads never sought their views and would bulldoze whatever programme they wanted introduced in schools.
It is understood that the proposal to demonstrate was made by delegates from several states which did not even have one student in the top 10 of last year’s SPM results announced on Thursday.
“We are mostly doing clerical work in schools and among our duties include collecting irrelevant data, attending courses, organising programmes and doing correspondence work.
“Also, since some schools were now Sekolah Berprestasi Tinggi, we are required to do plenty of documentation work every day ... we are unable to focus in class,” Hashim said.
He said teachers were also unhappy with the Government over a proposal to transfer senior teachers to rural schools.
The delegates want the ministry to hire more male teachers to check the problem of indiscipline in schools.
Teachers were also unhappy as headmasters did not notify them of their appraisal at the end of the year. This had jeorpadised their chances for promotion.
Kata Pengetua:
1. Sebagai "saya yang menurut perintah", kita guru haruslah mematuhi segala arahan yang diturunkan. Bergantunglah kepada persatuan dan kesatuan guru untuk menyuara dan menyelesaikan dengan pihak atasan. Adakah cikgu dalam mana-mana kesatuan guru?
2. Pengetua yang menerima berbagai arahan dari KPM, JPN dan PPD. Pengetua tidak akan memapu untuk melakukan segala arahan tersebut. Maka, arahan tersebut diperturunkan kepada guru. Sebagai Pengetua, saya juga merasa banyaknya arahan yang diturunkan; ada kala mengelirukan, ada kala berganda, ada kala urgent walaupun macam tidak penting ... (saya tidak akan ulas panjang sangat!). Nasihat saya, sebagai kakitangan (dalam BI ialah servant), just do it!
3. Berkaitan dengan LNPT - saya tidak ada halangan untuk memberitahu guru / kakitangan. Masalahnya, LNPT dilihat sebagai membanding antara seorang guru dengan guru yang lain. Saya dapati guru boleh menerima markah LNPT itu, tetapi tidak boleh menerima apabila dia dibandingkan dengan guru lain. Walaupun saya memberitahu guru markahnya, dia akan "mencari" berapa markah guru lain dan mula membuat perbandingan.

Fwd: FW: Village in Afghanistan ... Incredible!

Village in   Afghanistan . Can you believe it?
Very interesting. 

ATT00004

And you wonder why they can't find
Osama Bin Laden?

 

ATT00052 ATT00055 ATT00058 ATT00007 ATT00010 ATT00013 ATT00016 ATT00019 ATT00022 ATT00025 ATT00028 ATT00046

Fwd: FW: Engrish

ATT515004 ATT514993 ATT514994 ATT514995 ATT514996 ATT514997 ATT514998 ATT514999 ATT515000 ATT515001 ATT515002 ATT514992

Tatacara dan prosedur tindakan disiplin

1.      Guru mesti mematuhi peraturan yang terdapat dalam akta / peraturan KPM dan jabatan / surat pekeliling / peraturan sekolah apabila mengambil tindakan terhadap pelajar. Oleh itu, guru harus mengetahui akta /peraturan KPM dan jabatan / surat pekeliling / peraturan sekolah berkenaan. Tidak mengetahui perkara tersebut tidak boleh dijadikan alasan (sama seperti tidak mengetahui peraturan jalan raya, kerana belum membaca semua peraturan tersebut, tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak disaman oleh polis trafik).
2.      Untuk tidak dianggap cuai, JKDS adalah diminta untuk mengadakan ‘spot check’ dari masa ke semasa, boleh secara random. Semakan tersebut mestilah ada rekodnya, dalam buku log JKDS.
3.      Sekolah tidak akan menyembunyikan apa juga masalah disiplin daripada jabatan. Sekolah selama ini pun merujuk kes yang bersifat jenayah kepada pihak polis.
4.      Bagi kes "berprofil tinggi", sekolah akan menggunakan sistem 1-3-7 untuk membuat laporan kepada JPNS, ia itu laporan pertama dihantar pada hari kejadian, laporan kedua selepas siasatan dibuat ,3 hari berikutnya, dan laporan penuh 7 hari berikutnya.
5.      Semua guru adalah sekali lagi diingatkan untuk mematuhi Standard Operating Prosedure (SOP) apabila membawa pelajar keluar dari kawasan sekolah. Kelulusan perlu diperolehi daripada Pengetua dan Pengarah Pelajaran Sarawak. Mana-mana guru yang hendak membawa pelajar membuat lawatan (yang bersifat inisiatif sendiri / bukan atas arahan) dinasihatkan untuk memohon kebenaran 1 bulan lebih awal. Sekiranya tarikh berubah, Pengetua / PPS boleh dimaklumkan kemudian. Yang penting ialah kelulusan bertulis PPS. Saya nasihatkan guru untuk tidak mengambil risiko sendiri.

Pemantauan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)

 
1.      Ketua Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Kawasan tidak akan melaksanakan pemantauan dan penyelarasan skor ke kebanyakan sekolah pada tahun ini kerana batasan kewangan.
2.      Dengan ini GK adalah diminta untuk memastikan kerja tersebut dilaksanakan mengikut prosedur dan dalam masa yang ditetapkan.
3.    Semua guru berkenaan adalah diminta untuk memastikan kerja tersebut dilaksanakan dengan teliti dan betul untuk menjaga imej dan integriti kita sebagai guru.

Peringatan dari PDRM

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM

Pertukaran guru melalui sistem e-GTukar

1.      Mulai pertukaran Jun 2010, semua jenis pertukaran guru adalah secara online melalui sistem e-Gtukar. Sebelum sistem dapat digunakan, guru perlu ada data yang lengkap dan tepat dalam sistem. Guru yang hendak memohon adalah diminta untuk menyemak data dengan PK1. Maklumat akan dikemas kini oleh PK1.
2.      Guru hanya dapat memohon satu jenis pertukaran sahaja – antara negeri, antara daerah atau dalam daerah.
3.      Capaian di http://apps.emoe.gov.my/epgo atau http://www.moe.gov.my
4.      Tarikh penting:
4.1.1.       Permohonan pertukaran dibuka dari 01 – 25 Mac.
4.1.2.      Sila maklumkan saya (lisan, sms atau e-mail) bahawa guru telah membuat permohonan supaya saya dapat membuat pengesahan segera.
4.1.3.      Keputusan akan disiarkan di laman web KPM pada 28 Mei
5.      Guru adalah diminta untuk mematuhi segala arahan on-line tersebut, termasuk menyediakan segala dokumen yang berkaitan yang diperlukan.