Memo dalaman - kaedah baru LDP

1.     KPM telah mengeluar surat tentang kaedah LDP.
2.     KPM masih perlu mematuhi pekeliling perkhidmatan awam yang memerlukan setiap pegawai mendapat latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun.  Dengan tiada peruntukan untuk mengelolakan LDP di peringkat sekolah, KPM telah menetapkan bahawa pembacaan buku adalah sebagai alternatif sekiranya kewajipan menghadiri kursus tidak dapat dipenuhi.
3.     Ini bermakna, kursus-kurus yang dihadiri masih di ambil kira. Hanya sekiranya tidak cukup 7 hari barulah kaedah pembacaan buku digunakan. Sebuah buku adalah bersamaan dengan 1 hari kursus.
4.     Kumpulan pegawai gred 17 – 54 perlu memilih buku ilmiah / umum yang diperakui oleh Ketua Jabatan (Pengetua) dan pegawai membuat sinopsis (tidak perlu pembentangan).
5.     Pegawai gred 16 ke bawah boleh membuat pembentangan pembacaan umum / perkongsian pengalaman kerja selama 10 – 15 minit.

Memo dalaman - eGTukar

1.     Setakat ini, permohonan pindah sekolah melalui eGTukar diterima daripada:
1.1.          Nera ak Sanggah – antara daerah
1.2.          Lau Ben Leong – antara Daerah
1.3.          Nazatul Akma bt Zakaria – antara negeri
2.     Mana-mana guru yang berhasrat mohon pindah adalah diingatkan supaya mematuhi tarikh akhir permohonan.

Memo dalman - Program sehari bersama Baitulmal Sarawak

1.     PPD akan menganjurkan Program Sehari Bersama Baitulmal Sarawak pada 14.05.2010 (Jumaat), 2.15 petang di Dewan Masyarakat Serian (bilik bawah).
2.     Mana-mana pegawai (guru dan AKS) yang hendak hadir di majlis tersebut dikehendaki memaklumkan saya sebelum 19.04.2010 supaya saya dapat memaklumkan urus setia.
3.     Jika tiada makluman, saya akan menghantar pulangan kosong.

Memo dalaman - Persatuan Taekwondo

1.     Dimaklumkan bahawa Persatuan Taekwondo Malaysia (WTF) telah dibatalkan pendaftarannya oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 03.02.2010. Ini bermakna, sebarang aktiviti yang melibatkan persatuan tersebut dengan sekolah adalah tidak dibenarkan.


2.     Badan induk taekwondo yang sah dan dibenarkan untuk berurusan dengan pihak sekolah ialah Taekwondo Malaysia (TM). TM telah dilulus pendaftarannya pada 18.02.2010. TM juga telah diberi pengiktirafan oleh World Taekwondo Federation (WTF). Sila rujuk juga www.wtf.org.my

Ucapan Tahniah

1. Tahniah kepada:

Cikgu Dikson ak Francia  DG44(KUP) mulai 16.05.2008
Cikgu Sivanesvaran a/l Selvaretnam  DG44(KUP) mulai 01.08.2009
Cikgu Zurina bt Baharom  DG44(KUP) mulai 01.08.2009

atas kenaikan pangkat mereka. Semoga cikgu terus maju jaya dalam karier masing-masing.

EduWebTV

1. BTP telah menyiarkan TV Pendidikan melalui internet. Ianya boleh diakses melalui portal www.eduwebtv.com pada bila-bila masa dan di mana-mana. Antara maklumat yang boleh diakses ialah berita, akademik, wawancara, rencana, kurikulum, interaktif, siaran langsung dan panduan.

2. Saya menggalakkan guru-guru untuk mengaksesnya dan melihat apa-apa yang boleh digunakan. Sila kongsi maklumat yang cikgu perolehi melalui sistem e-mail kita.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2010

1. Pekeliling tersebut bertajuk: Kemudahan cuti tanpa rekod kepada pegawai perkhidmatan awam yang menderma organ.

2. Terdapat 2 jenis pendermaan organ - perdermaan selepas kematian dan pendermaan semasa hidup.

3. Untuk pendermaan semasa hidup, kerajaan memberi CTR kepada penderma mengikut tempoh yang diperakukan oleh pakar perubatan atau tidak melebihi 42 hari, mengikut mana yang lebih rendah, termasuk hari rehat mingguan dan hari kelepasan am. Cuti ini diberikan mulai dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah bagi menjalani proses pemulihan.