In the news - apa-apa boleh berlaku ...

Meja melayang hempap kepala
Oleh Aniza Zainudin (Metro, 24.01.2011)

     
AMPANG: Niat seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik di sini, menghadiri kelas bahasa Inggeris terbantut apabila dia terpaksa dikejarkan ke hospital selepas kepalanya cedera ditimpa meja yang dipercayai dibaling dari tingkat empat bangunan sekolahnya.
Ketika kejadian Rabu lalu, Asyraf Sabiq Samad, 14, dalam perjalanan ke kelas kira-kira jam 1.15 tengah hari selepas berhimpun di padang bola tampar sebelum memulakan sesi persekolahan dan menunggu pelajar sesi pagi menamatkan pembelajaran.

Menurutnya, pada mulanya dia ternampak satu objek dijatuhkan dari tingkat atas bangunan, namun gagal mengenal pasti objek terbabit.

“Ketika mendongakkan kepala, 'sesuatu' bersaiz besar menimpa kepala saya dan saya tak sempat mengelak,” katanya.

Sejurus kejadian katanya, kepala, muka dan kedua-dua belah tangannya dipenuhi darah sebelum dibawa ke bilik guru disiplin sekolah untuk dibersihkan dan kemudian dihantar ke Hospital Ampang.

Asyraf menerima empat jahitan di dahi, manakala hidungnya turut tercedera.
Ibunya, Mariam Kamarudin, 42, terkejut apabila dimaklumkan kejadian menimpa anak sulungnya itu dan bergegas ke hospital.

“Kaki saya seperti tidak mencecah bumi apabila menerima berita itu dan sejurus tiba di hospital, saya lihat kepala Asyraf sudah berbalut sambil ditemani tiga guru.

“Apabila saya meminta penjelasan daripada pengetua, dia menyatakan pihak sekolah sudah menyiasat dan mengetahui pelajar yang melakukannya,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, semalam.

Mariam berkata, pengetua berkenaan memberitahu perbuatan itu dilakukan seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikatakan mengganas selepas gagal mendapatkan bekalan ubatnya.

Lebih menghairankan, katanya pelajar berkenaan turut ditempatkan dalam kelas normal kononnya kerana dia pintar seperti pelajar lain sedangkan pelajar OKU sepatutnya ditempatkan dalam kelas khas.

“Mulanya saya rasa lega apabila mengetahui maklumat berkenaan, malah pelajar terbabit sudah dibawa pulang ke rumahnya selepas kejadian.

“Tetapi, pihak sekolah menelefon suami (Samad Masaan, 58,) mengatakan kejadian itu mungkin dilakukan pelajar sesi pagi dan tidak membabitkan pelajar OKU berkenaan. Saya hairan apabila dimaklumkan pelajar OKU terbabit sudah digantung sekolah.

“Dari situ, ia mula menimbulkan keraguan di pihak kami. Jika benar bukan pelajar terbabit (OKU) melakukannya, kenapa dia dikenakan tindakan? Ini menunjukkan pihak sekolah seolah-olah bermain tarik tali dengan kami,” katanya.

Berikutan itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Pandan Indah, di sini, semalam.

Mariam berkata, mereka sekeluarga langsung tidak berniat meminta pampasan daripada mana-mana pihak dan jika benar pelajar OKU itu melakukannya, pihak sekolah dan keluarganya perlu menghubungi mereka sekali gus meminta maaf.

Menurutnya, dia juga memahami keadaan kanak-kanak istimewa dan tidak seharusnya mereka dipersalahkan kerana mereka sentiasa perlukan perhatian.

Katanya, dia akan menghantar surat meminta penjelasan lanjut kepada pihak sekolah hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih tepat sebelum mengambil tindakan seterusnya.

Sementara itu, pengetua sekolah, Zaini Mohammad Zain mengesahkan kejadian itu dan proses penyiasatan sedang berjalan.

Mengulas mengenai pembabitan pelajar OKU, beliau menafikannya biarpun pada mulanya dia sendiri memaklumkannya kepada ibu bapa Asyraf.

Katanya, sejurus kejadian menimpa Asyraf, pelajar OKU itu turut menimbulkan kekecohan akibat tidak menerima bekalan ubat dan pelajar terbabit juga mengikuti pelajaran pada sesi petang.
Kata Pengetua: Apa-apa boleh berlaku di sekolah pada hari ini. Dalam kes di atas, siasatan terperinci patut dilakukan sebelum mengeluarkan kenyataan. Bila kenyataan telah dikeluarkan, amat sukar untuk menariknya balik. Kalau ditarik balikpun, orang sudah tidak percaya lagi! Disebabkan oleh kes begini, banyak masa berharga sekolah dibuang untuk menyiasat, membuat laporan, melayan siasatan luar, dsb. Akhirnya, sekolah hilang mood untuk mencapai kegemilangan. Kerja kita guru semakin mencabar. Bagaimanakah kita dapat melakukan langkah preventif supaya insiden begini tidak berlaku?

Memo dalaman - penggunaan telefon di kalangan guru semasa p&p

PERHATIAN SEMUA GURU

1. Sila ambil perhatian kepada jawapan KPM tentang perkara tersebut, seperti di bawah:

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin mengucapkan terima kasih dan merujuk kepada Laporan Akhbar MAKKAL OSAI bertarikh 29 Disember 2010 – Larangan kegunaan telefon bimbit.
 
Walaupun tiada Surat Pekeliling Ikhtisas atau surat siaran yang memaklumkan larangan menggunakan telefon bimbit oleh guru-guru ketika mengajar, namun pihak sekolah adalah diingatkan supaya sentiasa memastikan tiada sebarang bentuk gangguan berlaku ketika proses Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan termasuk penggunaan telefon bimbit.
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Memo dalaman - APC mulai 2011

PERHATIAN SEMUA GURU
 
Berikut adalah kriteria tambahan yang dimasukkan ke dalam kriteria untuk penerima APC mulai 2010:
i.                 bebas tindakan tatatertib / SPRM/ mahkamah pada tahun dipertimbangkan
ii.                mempunyai rekod kehadiran bertugas yang bersih
iii.               tidak pernah menerima APC 3 tahun ke belakang
iv.               pencapaian dalam p&p
v.                pencapaian dalam aktiviti kk
vi.               bebas daripada teguran audit
Bilangan penerima masih tidak boleh melebihi 8% daripada jumlah anggota yang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian berkenaan. Walau bagaimanapun, GST dan GSTT tidak boleh diambil kira dalam pengiraan jumlah keseluruhan anggota yang sedang berkhidmat bagi tujuan pemilihan 8% penerima APC kerana pegawai berkenaan tidak dan belum lagi dilantik oleh Pihak Berkuasa Melantik.

Motivasi diri - turn problem to solution

Kita selalu melihat masalah sehingga kita terbelengu olehnya. Kenapa tidak tukar masalah (isu) kepada penyelesaian.  
  

In the news

Berebut duit syiling di lebuh raya
Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI, 19.01.2011
zulkarnain.ali@kosmo.com.my


SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.
'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.
Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.
Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.
Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.
Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.
Kata Pengetua: Di sekolah bermacam-macam nilai murni guru terapkan kepada pelajar. Tetapi, realiti di luar sana, ianya amat berbeza. Apabila duit tersebut bertaburan di atas jalan raya, duit itu masih ada pemilik, bukan hak ramai. Semua orang mengambil peluang, mungkin, mengutip untuk tuan punya duit itu (sangkaan baik saya). Lihat gambar di sini, di mana orang ramai mengutip duit itu depan pihak polis. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Memo dalaman - penularan penyakit ILI dan HFMD

PERHATIAN SEMUA GURU

Pihak Jabatan Kesihatan telah memaklumkan tentang peningkatan kejadian kes influenza-like illness (ILI) dan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Sekolah telah diminta untuk mengambil langkah-langkah berikut:
i.                 Meningkat pemantauan dengan membuat saringan (screening) terhadap pelajar
ii.                Meningkatkan aktiviti pemeriksaan dan disinfeksi dengan menggunakan cecair 10% klorox atau lain-lain detergent yang sesuai.


iii.               Pelajar yang menunjukkan tanda-tanda dan gejala jangkitan hendaklah diasingkan dengan berehat di rumah untuk tepoh sekurang-kurangnya 3 – 7 hari. Pelajar juga dinasihatkan untuk merujuk kes dengan pihak hospital.

Memo dalaman - perhimpunan sekolah

PERHATIAN SEMUA GURU

Setakat ini saya sudah mengadakan perhimpunan dengan pelajar Tingkatan 4 dan 5.
Inti sari ucapan saya semasa perhimpunan pelajar ialah:
i.                 What do you want? / Apa yang anda hendak? Kehidupan akan memberi kita apa yang kita hendak. Jika tidak pasti apa yang dihendaki, maka, apa sahaja yang terjadi adalah diterima. Sering orang menyalah ketentuan / persekitaran. Terjadilah mentaliti ”apa nak buat” / victim mentality.
ii.                Have you decided? Jika decision utama ini sudah dibuat, maka, tidak perlu banyak decision lain. Decision lain akan mengikuti decision utama itu. Contoh: Have you decided to pass your SPM? Jika pelajar sudah decided, maka tidak perlu lagi membuat decision sama ada hendak hadir sekolah atau ponteng sekolah / buat atau tidak kerja rumah / rambut panjang atau pendek, dsb.
iii.               Cari sebab, jangan beri alasan. Beri sebab kenapa harus buat kerja rumah – kerana untuk memahami dengan lebih mantap sesuatu topik. Jangan cari alasan kenapa tidak buat kerja rumah. Alasan tidak akan membantu untuk memahami topik tersebut.
Dengan ini, mana-mana guru boleh menyoal pelajar yang tidak mendengar teguran / nasihat / amaran guru. Katalah pelajar berambut panjang – tanya dia “Have you decided to be a good student?”. Atau, tanya dia “What do you want?”. Peraturan sekolah mengehendaki pelajar berambut pendek dan kemas. Kalau his want ialah untuk berambut panjang, sekolah bukalah tempat untuknya. Kenapa sekolah harus menerima dan melayannya?
Jika pelajar memberi berbagai-bagai alasan, tanya dia adakah alasan yang dia berikan itu membantu dia.

The Hormone That Fights Fat For You

  1. Can your own hormones be responsible for all the bad food choices you make? They can according to Dr. Tony Goldstone of Imperial College of London and Hammersmith Hospital. He's an Oxford-trained scientist who has spent his career studying how hormones effect diet. His new breakthrough comes from understanding how the hormone ghrelin affects appetite and influences the food choices you make at the dinner table. "Ghrelin increases the appeal of high-calorie foods," says Dr. Goldstone. He says ghrelin influences your brain and activates its "reward centers." That literally makes you crave high-calorie foods over healthy ones. He said, "ghrelin turns up the attractiveness of food."
  1. High-calorie options included chocolate, pizza, and burgers. Low-calorie foods included fish, vegetables, and salads.

Combat Bad Food Impulses

  1. There is one simple solution to balance ghrelin. You simply have to eat more. This advice may sound contrarian but it's critical to controlling ghrelin production.You simply have to keep your appetite sated. If you're not hungry then ghrelin "hibernates."So you need to select foods that keep your hunger at bay. And you can do that by eating healthy meals and snacks throughout the day.
  2. Several studies show that protein keeps ghrelin levels low better than any other food. That's because it digests slowly, keeping your hunger satisfied longer. So you should aim to increase your protein intake. Opt for grass-fed beef over grain-fed beef; cage-free eggs; free-range fowl; and cold water, fresh caught fish.Walnuts and almonds make for a great snack. And they're loaded with protein and vital nutrients like omega 3 fatty acids.
  3. A second solution also keeps ghrelin in check. It's linked to how much water you drink. That's because ghrelin regulates thirst. So if you drink plenty of water, you satisfy ghrelin and lower its production.You should try to drink an eight-ounce glass of water 15 minutes before dinner... because that lowers ghrelin levels and reduces appetite.

Take Control of Your Health

  1. So what can you do to improve your health? Dozens of studies show that a diet high in healthy protein and fats - and low in grains and carbs - is vital to better health. The Journal of Arteriosclerosis recently published studies on the benefits of protein. They found that a high-protein diet increased PAI-1 in the blood. And PAI-1 cuts the production of fat.
  2. Another recent study shows that lean meat reduces cholesterol levels. The study showed that healthy protein lowers (bad) LDL cholesterol and raises (good) HDL cholesterol.
    And German researchers found that high-protein diets boost antioxidant levels. The more protein that participants ate, the higher their antioxidant levels became. They also found that low protein intake increases oxidative damage from free radicals.
  3. Likewise, healthy fat is essential to health. Saturated fats are loaded with healthy nutrients. They boost your immune system. But we tend to eat too much of the bad fats - namely omega 6 and hydrogenated fats. Many modern meats and foods are rich in omega 6 fats. And while they offer some benefits, you should only eat them in small amounts.
    These "bad" fats promote inflammation, which studies link to arthritis, cancer, and heart disease.
  4. But you can find great sources of protein and healthy fats in grass-fed beef, raw milk, cage-free eggs, cold water, wild-caught fish, and raw butter.

Memo dalaman - RPH 2011

Cara penyediaan RPH 2011 telah ditaklimatkan pada 11.01.2011.
 
1.Guru tidak perlu ”menjemput” saya / PK / GK untuk menyemak RPH. Ianya akan disemak oleh saya / PK / GK mengikut jadual yang akan ditetapkan. Untuk itu, sila pastikan ”permission” diberikan kepada saya / PK / GK untuk melawat blog tersebut.
 
2. Semua guru adalah diminta untuk menghantar alamat blog RPH kepada Cikgu Sivanesvaran (Ketua AJK ICT dan Inovasi) sebelum 20.01.2010.
 
3. Untuk berkongsi maklumat, alamat blog tersebut akan dipamerkan kepada semua guru. Jika guru hendak mendapat maklumat daripada guru lain, guru boleh memohon ”permission” untuk melawat blog tersebut (sekiranya blog tersebut disetkan sebagai ”private”. Kalau tidak mana-mana guru boleh melawat blog guru lain.

Read

Dalam mesyuarat staf saya telah memperkenalkan beberapa buah buku. Antaranya ialah ”Magic Of Thinking Big” oleh David J. Schwartz dan ”The Success Principles” oleh Jack Canfield. Buku tersebut boleh diulang baca setiap tahun.
Antara pengajarannya ialah kita akan tarik ke dalam hidup kita apa yang kita fikirkan. Apakah yang kita fokus dalam kehidupan kita? Jika kita fokus kepada kecukupan dan kemewahan (abundance), kita akan dapat. Jika kita fokus kepada kekurangan, kita juga akan dapat. Baca: http://thesecretbyrhonda.blogspot.com/2010/01/manifesting-wealth-and-abundance.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+thesecret2+%28Secret+of+Law+of+Attraction%29

Self talk

BE CAREFUL WHAT YO SAY TO YOURSELF
 
Saya telah memperkenalkan sebuah buku “What To Say When you Talk To Yourself” oleh Dr Shed Helmstetter dalam mesyuarat staf pada 31.12.2010.
Banyak perubahan tidak boleh berlaku kerana tertahan diperingkat pemikiran. Ini juga berlaku kepada pelajar kita. Selalu kita mendengar ”saya tidak pandai”, ”cukuplah!”, ”susahlah!” dan sebagainya. Mereka bercakap kepada diri mereka sendiri bahawa sesuatu itu susah, maka, lama kelamaan dia percaya dengan apa yang dia cakapkan itu.
Percakapan itu perlu diubah. Baca di sini bagaimana: http://thesecretbyrhonda.blogspot.com/2009/11/self-talk-powerful-tool-to-attract.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+thesecret2+%28Secret+of+Law+of+Attraction%29

Memo dalaman - taklimat guru

PERHATIAN SEMUA GURU
 
Saya memanggil semua guru untuk menghadiri taklimat seperti berikut, mengikut sesi:
 
Sesi                 Tarikh                          Masa
Petang              11.1.11 (Selasa)            11 pagi
Pagi                 11.1.11 (Selasa)            2.30 ptg
 
Antara perkara yang akan diberi taklimat:
 
i.                     Tugas guru, pencerapan (Element 9 SKPM) – Pengetua
ii.                   Tugas dan peranan AJK – Pengetua
iii.                  Senarai tugas Guru Tingkatan – PK1 / PK Petang
iv.                 Tugas guru sebagai Guru Disiplin (termasuk rekod disiplin / SSDM) – PK HEM
v.                   Perhimpunan, kebajikan pelajar – B&K
vi.                 Pelaporan RPH – Cikgu Sivanesvaran
 
PK 1 / PK Petang, PK HEM, B&K dan Cikgu Sivanesvaran adalah diminta untuk membuat taklimat tersebut. Sila sediakan juga dalam bentuk dokumen ringkas supaya mudah direkodkan sebagai minit.
 
Semua guru (ikut sesi) adalah dikehendaki hadir.

Memo dalaman - penggunaan blog untuk RPH

PERHATIAN SEMUA GURU

  1. Pada tahun ini, sekolah masih menggunakan blog untuk merekodkan RPH.
  2. Oleh itu, semua guru mestilah mahir dalam mengendalikan blog dan mengarkib rekod (termasuk rekod 2010) supaya guru sendiri mudah untuk membuat rujukan selepas menulisnya.
  3. Sila ambil perhatian juga dari segi pelabelan minggu. Sila gunakan label (bil) minggu seperti yang terdapat pada kalendar sekolah yang telah saya e-mailkan pada 03.01.2011.
  4. Jadual penghantaran blog akan dimaklumkan kemudian.
  5. Pakar rujuk - Cikgu Sivanesvaran

Memo dalaman - blog Panitia

PERHATIAN KETUA PANITIA

  1. Sila kemas kini blog Panitia masing-masing.
  2. Sila hantar alamat blog tersebut kepada Cikgu Sivanesvaran supaya ia dapat dipautkan ke laman web sekolah.

Many teachers in Sarawak unhappy over sudden transfers in new year By STEPHEN THEN stephenthen@thestar.com.my

MIRI: Some 2,000 teachers in Sarawak are fuming over a sudden transfer as school reopens today.

As the directive from the Education Ministry will take effect immediately, the transfers could create chaos in the classrooms.

Many of those affected claimed they have to move from one end of the state to the other, and to the rural areas.

Not only was it done at such a short notice, but many of the affected teachers specialised in important subjects such as English and Bahasa Malaysia.

The affected schools were also unsure as to who would be filling the void because the heads were not given prior notice.

The Sarawak Teachers Union (STU) had been inundated by calls from affected teachers and from others worried about what may happen next.

STU president William Gani Bina yesterday told The Star that the 38,000 teachers in the state were speaking up over this “messy affair” and the manner in which the ministry had conducted the exercise.

“They have families and have been serving in their present schools for a long time. They were not consulted over the transfers,” Gani said.

“The Education Ministry used the term ‘redeployment’ but these teachers were being relocated all over Sarawak.

“Sarawak is very big. If you transfer someone from Kuching to Limbang or to a school in the rural area, it is like transferring that person from one end of the peninsula to the other.

“Many schools are already facing a serious shortage of experienced teachers, especially in English. This transfer is very chaotic and will cause a lot of problems for the affected teachers, schools and students.”

Gani said he had urged Deputy Education director Datuk Norizan Hashim to look into the matter.

“I told Norizan that this was a very serious matter because of the unique geographical and logistical set-up of the state.

“The ministry cannot simply enforce a transfer of teachers en masse without taking into account the impact.”

Gani said STU wanted experienced and senior teachers to stay at their present postings.

It also asked for an assurance that Sarawakian teachers would not be transferred to other states, he stressed.

“If these teachers are not happy, they would not be able to teach well and their students would be affected. Worse if these affected teachers resigned,” he said.

Asked on Norizan’s response, Gani said the matter would be referred to the ministry’s highest authority.

There are some 38,000 teachers serving in 162 primary and 177 secondary schools in Sarawak.

Kata Pengetua: yang ini saya tak komen.
--

Thanks,
Hj Rambli Zainudin

In the news:

Star: Saturday January 1, 2011

Enraged car owner bashes up six-year-old boy

Other News & View
Compiled by DHARMENDER SINGH, CHRISTINA TAN and A.RAMAN

A SIX-year-old boy who accidentally spat the food in his mouth from his shophouse which landed on a BMW, spent four days in hospital after the car owner became furious and bashed him, reported Harian Metro.

In the incident which occurred on Sunday, the enraged car owner barged into the boy’s house on seeing his soiled car.

The man, in his 30s, hit Solihin Ramzan repeatedly like a possessed man, says Solihin’s uncle Mohd Amir Salamatula.

Mohd Amir, 43, added that during the incident, the boy’s mother was asleep in her room in the upper level of a shophouse in Jalan Batu Belah, Jalan Ipoh, in Kuala Lumpur.

He said Solihin’s aunt, who was lives nearby, saw the incident and begged the man to stop but he ignored her and continued landing punches on the boy.

“She even offered herself to be beaten instead, but it did not stop the man from beating the boy.

“Only after Solihin vomited blood did the man stop and leave the house,” Mohd Amir said.

He added that the boy was taken to Selayang Hospital where he was admitted for four days when the doctor confirmed that there was a blood clot in his head.

A report was lodged at the Jinjang police station on Dec 26.

Kata Pengetua:

1. Dalam buku "Why People Fail" oleh Siimon Reynolds, mengatakan bahawa kita sering mistaken IQ for EQ. Car owner seperti dalam berita di atas mungkin mempunyai IQ yang tinggi tetapi rendah EQ. Dia kekurangan sosial competence - ia itu sifat empathy.

2. Dalam keadaan kehidupan yang penuh stress sekarang ini (ditambah hutang BMW yang masih banyak!), manusia perlu menguasai EQ. Walau bagaimanapun, kita tidak tahu keadaan sebenar peristiwa di atas. Anggapan saya ialah car owner itu  tidak siuman.

Wishing you all a truly fulfilling New Year

New Year is the time to unfold new horizons & realize new dreams,
to rediscover the strength & faith within u,to rejoice in simple pleasures & gear up 4 a new challenges.
Wishing u a truly fulfilling 2011

Memo dalaman - kekosongan jawatan PPPS DG41 di Sekolah Integriti Kuching.

1. Tawaran dibuka untuk mengisi kekosongan jawatan kader sebagai guru di Sekolah Integriti Kuching yang beroperasi di Penjara Puncak Borneo.
2. Borong boleh diperolehi di pejabat.

Memo dalaman - tawaran permohonan cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa (CBBP TB) bagi PPPS ambilan 2011

1. PPPS yang berminat boleh mengemukakan permohonan tersebut secara on-line melalui laman web KPM www.moe.gov.my bermula 27.12.2010 hingga 26.01.2011.
--