Memo dalaman - kejohanan balapan dan padang MSSM Bahagian Samarahan ke-8

PERHATIAN SEMUA STAF

1. Kejohanan Badang dan Balapan MSSM bahagian Samarahan ke-8 telah diadakan pada 22 – 25 Mac 2011 di Stadium Mini Samarahan.

2. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada PK KK dan team yang telah melatih atlet sekolah walaupun dalam masa cuti. Saya menghargai usaha itu kerana tugas tersebut bukanlah mudah. Walau bagaimanapun, atas tanggungjawab dan “kesukaan” (passion) untuk mengharumkan nama sekolah, mereka telah melakukannya dengan jayanya. Dalam masa yang sama, ini adalah antara beberapa usaha kita guru untuk mencipta kejayaan segera dalam diri pelajar.

3. Mulai tahun ini, keputusan ditentukan oleh bilangan emas yang diperolehi. Ini adalah untuk memastikan kecemerlangan dalam olahraga, bukan hanya penglibatan.

4. Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:

Bil / Kedudukan

Nama Sekolah

Emas

Perak

Gangsa

1

SMK Sungai Tapang

16

10

9

2

SMK Muara Tuang

14

2

5

3

SMK Sri Sadong

12

7

11

4

SMK Tebakang

11

10

8

5

SMK Gedong

9

9

12

6

SMK Sebuyau

8

10

9

7

SMK Serian

8

9

8

8

SMK Tarat

8

6

5

9

SMK Taee

6

8

6

10

SMK Asajaya

4

1

2

11

SMK Pasentren ATM

3

9

6

12

SMK Wira Penrissen

2

6

4

13

SMK Tebedu

1

4

5

14

SMK Sadong Hilir

1

2

1

15

SMK Kota Samarahan

0

3

3

16

SMK Balai Ringin

0

2

3

17

SMK Sadong Jaya

0

2

1

18

SMK Simunjan No. 1

0

1

3

19

SMK Asajaya No. 2

0

1

2

5. Dalam apa juga perlawanan, kita telah berusaha, tetapi sekolah lain telah berusaha lebih dalam “mencari” dan melatih atlet mereka. Oleh itu, saya mencadangkan:

i.       Target 2012 ditentukan awal, untuk menjadi johan 2012.

ii.       Guru PJK mengenal pasti potensi awal pelajar kita. Kita mempunyai ramai pelajar dari mana kita boleh mencari potensi itu. Rekod (data base) pelajar dari segi keolahragaan dikumpulkan.

iii. Sistem latihan berlaku sepanjang tahun, mengikut kesesuaian. Latihan intensif diatur sebelum kejohanan.

iv. Sistem ganjaran boleh diadakan di mana pelajar yang mengatasi cabaran kita diberi insentif. Contoh: pelajar dimaklumkan tentang cabaran sekolah. Pelajar yang menyamai pencapaian rekod di peringkat MSSM Bahagian diberi “Baju Emas”.

6. Kita telah tersasar target 2011. Kita perlu set target yang baru untuk 2012 !!!

Memo dalaman - pelantikan Guru Kanan yang baru

1. Seperti sudah termaklum, GK(K) dan GK(T&V) telah dinaikkan pangkat ke DG48 memangku, sebagai guru akademik Tingkatan 6, mulai 19.10.2010. Oleh itu, sukacita saya melantik secara dalaman GK baru:

GK(T&V): Cikgu Kueh Ah Mui


GK(K): Cikgu Wan Sulaiman Wan Elias

2. Sekolah akan menohon surat lantikan daripada JPNS kemudian.

3. Tarikh kuat kuasa lantikan ini ialah 01.04.2011. Walau bagaimanapun, untuk memudahkan proses penyerahan tugas, mereka telah memulakan tugas mereka sebelum tarikh itu lagi.

4. GK baru ini hanya mengambil alih jawatan GK sahaja. Tugas dalam AJK lain masih disandang oleh GK lama.

PTK -PERHATIAN SEMUA GURU DAN AKS

1.      Kerajaan telah memansuhkan PTK berkuat kuasa mulai 01.01.2011 dan mengecualikan syarat menghadiri Kursus Kenegaraan kepada pegawai yang telah lulus PTK di TK1.
2.      Pegawai yang mendapat Aras IV di TK1 pada tahun 2010 atau sebelumnya LAYAK dipertimbangkan Anjakan Gaji pada tahun 2011 dan tidak boleh dibelakangkan tarikh tersebut sebelum dari tarikh pemansuhan PTK.
3.      Pegawai yang telah lulus PTK – tarikh kenaikan pangkat adalah berdasarkan tarikh pemangkuan atau tarikh lulus PTK, mana yang terkemudian.
4.      Pegawai yang belum lulus PTK – tarikh kenaikan pangkat tidak awal dari 01.01.2011.

PERHATIAN SEMUA

1.      Dimaklumkan bahawa saya akan menghadiri mesyuarat SIPartner dengan Pemimpin Sekolah (Kohort 2010) pada 07 – 10 Mac 2011 di Hotel Grand Continental, Kuching.
2.      Semasa ketiadaan saya, Penolong Kanan 1 akan menjalankan tugas Pengetua.
3.      Antara tugas Pengetua pada masa tersebut ialah:
i.                 Memantau Ujian Pra 1 PMR Program MaCS – tindakan PK Petang
ii.                Memastikan pengisian borang BTBT 190 untuk 2012 – tindakan Cikgu Muhd Amin
iii.               Memastikan borang perkhemahan Bomba di kembalikan – tindakan PK KK
iv.               Taklimat SMM kepada Guru Tingkatan untuk memastikan data akhir yang dikumpulkan adalah tepat – tindakan Cikgu David
v.                Mesyuarat AJK PIBG – tindakan Cikgu Mali. Mesyuarat boleh diteruskan untuk membuat keputusan tentang Mesyuarat Agong.
vi.               Perkara berkaitan dengan Majlis Makan Malam meraikan persaraan PPD Serian pada 7.00 mlm, 11 Mac di Hotel Penview. Semua PK dan GK adalah dikehendaki hadir. Boleh atur transport untuk tujuan tersebut.

PERHATIAN SEMUA GURU

1.      Perintah-Perintah Am Bab D, perkara 24 mengatakan “Ketidakhadiran untuk bertugas oleh seseorang pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan pegawai itu dikenakan tindakan tatatertib”.
2.      Pegawai diarahkan untuk mengetikkan kad perakam waktu semasa datang dan semasa pulang dari pejabat (dalam kes kita ialah sekolah), mengikut Surat Pekeliling Am Bil. 11 tahun 1981. Pegawai yang tidak berbuat demikian boleh diambil tindakan tatatertib, selain daripada perlu menjelaskan kenapa emolument tidak boleh dilucutkan mengikut Perintah-Perintah Am perkara 27(1).
3.      Pegawai tidak boleh mengetik kad tersebut untuk orang lain. Ini adalah melanggar Perintah-Perintah A, perkara 4(2)(f) dan (i) yang mengatakan bahawa
i.                 Perkara 4(2)(f): ”Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah”.
ii.                Perkara 4(2)(i): ”seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah”.
4.      Jika guru lupa untuk mengetik kad pada masa yang ditetapkan, guru perlu menyatakan masa guru hadir atau balik dengan tulis tangan. Walau bagaimanapun, sila dapatkan tandatangan dan nama saksi untuk mengesahkan tulisan tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan tuduhan guru cuba mereka-reka masa bagi menutup kesalahan lambat datang bertugas / balik awal / tidak hadir bertugas.
5.      Jika guru lambat hadir kerana tugas rasmi lain / tidak hadir kerana tugas luar / telah mendapat kebenaran terlebih dahulu, sila buat catatan di atas kad tersebut.
6.      Saya menasihatkan semua guru untuk mematuhi segala peraturan ini supaya perkhidmatan guru tidak terjejas akibat tindakan tatatertib.

1,086 civil servants declared bankrupt

March 02, 2011
PUTRAJAYA, March 1 — Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Liew Vui Keong today revealed that debt is a problem affecting civil servants in the country, even leading to bankruptcy.
He said the Insolvency Department reported 1,086 civil servants were declared bankrupt in 2009, 72.74 per cent of whom were men.
“Government employees need to understand that debt can affect their performance at work, and disciplinary action can be taken against them should it happen,” he said during the launch of the Whistleblower Protection Act 2010 Briefing, Bankruptcy Briefing and Legal Aid Briefing to members of the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Service (Cuepacs) at the Prime Minister’s Department, here today.
Also present at the ceremony jointly organised by the Prime Minister’s Department’s Legal Affairs Division, Legal Affairs Department and the Insolvency Department was Cuepacs president, Datuk Omar Osman.
Liew added that the briefing was also held to demonstrate to civil servants ways to overcome issues related to debt and bankruptcy. — Bernama
 
Kata Pengetua:
 
1. Hati-hati apabila berhutang. Jangan terlibat dengan sesuatu yang anda tidak pasti, malah tidak tahu. Apabila guru berjumpa saya untuk mendapat tandatangan Ketua Jabatan apabila membuat hutang, ramai yang tidak tahu sama ada hutang itu good debt atau bad debt. Ilmu paling "comman" anda ialah untuk mengetahui sama ada hutang itu "good atau "bad". Kalau anda sedar apa jenis hutang yang anda ambil, anda akan lebih berhati-hati.
 
2. Ramai di kalangan kita pada hari ini berbelanja wang yang belum lagi kita dapat. Maka, perbelajaan menggunakan kad kredit menjadi sangat popular. Kemudian membuat pembayaran minima hutang kad kredit. Kad kredit adalah untuk mereka yang berdisiplin sahaja. Kalau tidak, anda akan berhutang sepanjang hayat. Menakutkan!
 
3. Senario ini memanglah sangat pahit untuk ditelan, tetapi, kenyataannya, ramai kakitangan kerajaan (termasuk juga orang awam agaknya) yang berada dalam kesusahan kerana hutang. Ada orang mengatakan, jika tidak berhutang, tidak ada harta. Sesuatu yang perlu anda fikirkan sebelum membuat hutang seterusnya. Eh ... kenapa pula saya memberi nasihat kewangan?