MEMO DALAMAN – PENGOPERASIAN STANDARD GURU MALAYSIA TAHUN 2011

BPG, KPM akan melaksanakan pengoperasian SGM kepada semua warga pendidik. SGM menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru di samping bertindak sebagai panduan serta rujukan kepada guru dalam usaha untuk melahir dan melestarikan guru berkualiti.

  1. Maklumat dan instrumen SGM dapat diperoleh di http://www.moe.gov.my/sgm/
  2. Semua guru adalah diarahkan untuk membuat penarafan kendiri dengan menjawab item-item yang terkandung dalam instrumen SGM dalam talian secara jujur.
  3. Tarikh akhir: 31.12.2011.

MEMO DALAMAN - POTONGAN GAJI MELEBIHI 60%

1. Saya mengingatkan tuan kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) yang mengatakan bahawa seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius [perkara 13(1)]. Sila rujuk perkara 13(8) tentang makna keterhutangan kewangan yang serius dan perkara 13(4) tentang tanggungjawab pegawai yang berada dalam keadaan tersebut

2. Mengikut laporan daripada Jabatan Akauntan Negara, masih ada 5 orang pegawai yang potongan gaji melebihi 60% pada bulan Oktober 2011.

3. Kepada yang berkenaan: Sila ambil langkah yang patut supaya potongan melalui slip gaji tidak mencecah 60%.

4. Kiraannya adalah seperti berikut: jumlah pendapatan (gaji, ITP, ITKA, elaun dll) ÷ jumlah semua potongan (atas slip gaji).