Memo dalaman – peperiksaan awam akhir tahun

1. SPM, STPM dan STPM Baharu akan diadakan pada akhir sesi persekolahan 2012.
2. SPM akan diadaka pada 05.11.2012 – 06.12.2012 http://www.moe.gov.my/lp/files/spm/2012/JW%20SPM%202012.pdf
3. STPM akan diadakan pada 19.11.2012 – 13.12.2012 http://www.mpm.edu.my/documents/10156/dec70df0-3110-40be-b3c9-6d31917744c2
4. STPM Baharu Modul 1 (untuk pelajar Ting 6R) akan diadakan pada 05 –08.11.2012 http://www.mpm.edu.my/documents/10156/1d41f5b6-4702-4059-883e-9443743c0852

Memo dalaman – Program Gerakan Turun Padang (GTP) JPN Sarawak

1. GTP JPN Sarawak telah melibatkan sekolah kita. Rombongan GTP ke sekolah kita diketuai oleh Ketua Sektor, Sektor Peperiksaan dan Penilaian. Lawatan pertama mereka telah diadakan pada 08.10.2012.
2. Saya telah memberi taklimat kepada rombong tentang KPI sekolah, khususnya berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan awam.
3. Sekolah kita telah mendapat pujian kerana telah membuat pembentangan yang lengkap; keadaan sekolah juga bersih dan “tenang”.
4. Dengan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua Penolong Kanan, Ketua Bidang, Cikgu Siva dan semua KP (sesi pagi dan petang) yang telah berusaha mengumpul data headcount untuk melihat trend kemajuan pelajar. Dengan ini juga, saya berharap perkara berkaitan dengan usaha untuk membantu pembelajaran murid akan menjadi agenda tetap dalam Mesyuarat Panitia, dan direkodkan.
5. Saya akan membentang analisis headcount ini di peringkat negeri pada 17 Oktober ini.

Memo dalaman – Program Sijil Kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) bagi tahun 2013 anjuran IAB

1. Maklumat tentang kursus NPQEL diiklankan melalui laman web IAB dihttp://www.iab.moe.gov.my/npqel.
2. Iklan ini akan ditutup pada 31.10.2012.
3. Dengan ini, guru yang memenuhi syarat dan berminat adalah digalakkan untuk memohon.

Memo dalaman – jemputan Pusat Latihan Kemahiran Modal Ilmu

1. Sukacita dimaklumkan bahawa PLKMI, di Simpang Gedong, Serian menjemput mana-mana guru yang free pada jam 0930, 15 Oktober 2012 untuk hadir ke pelancaran PLKMI.
2. Jika hadir, sila sahkan melalui Cik Nor Hartini 0135607645 / Cik Norkhatini 1098288314.

Memo dalaman – Lawatan Muhibah PIBG

1. Semua guru adalah ahli PIBG. Seperti dalam kertas kerja PK HEM tentang perkara ini, guru adalah dipelawa untuk mengikuti rombongan. Sila maklumkan PK HEM sekiranya minat; tempat adalah terhad.

2. Melalui semakan penerbangan AirAsia, didapati bahawa pada 12.12.2012 dan balik pada 18.12.2012, tambang kapalterbang adalah sekitar RM240.00 ulang alik untuk seorang. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada harga tiket semasa apabila tempahan dibuat.

Memo dalaman – Sabtu ganti

1. Keputusan diambil bahawa Sabtu ganti yang dijadualkan pada 13.10.2012 telah dianjakkan ke Sabtu, 03.11.2012.

Memo dalaman – kelas hadir semasa PMR

1. Dua blok bangunan kelas (A dan C) akan digunakan oleh calon PMR pada 09 – 16 Oktober 2012. Memandangkan peperiksaan ini diadakan pada waktu pagi dan petang, maka sekolah perlu menjadualkan kelas. Maka, ada kelas yang hadir dan ada yang tidak pada masa tersebut. Ini adalah kerana sekolah kekurangan bilik darjah untuk menampung semua pelajar.

2. Jadual kelas adalah seperti berikut:

    Kelas Hadir
Tarikh

Menengah Atas

Menengah Rendah
09 – 12 Okt (Sel – Jum)

Ting 4 (Ting 5, 6A, 6R cuti)

Ting 1 (Peralihan, Ting 2 cuti)
15 – 16 Okt (Isn – Sel)

Ting 4 (Ting 5, 6A, 6R cuti)

Ting 2 (Peralihan, Ting 1 cuti)
3. Dengan ini, Guru Tingkatan adalah diminta untuk memaklumkan kelas masing-masing. Bagi kelas yang tidak hadir, sila catatkan ketidakhadiran pelajar sebagai bersebab.

4. Sekiranya timbul kekeliruan, sila rujuk dengan PK1 / PK Petang.

5. e-Mail PK1 pada 04.10.2012 adalah juga berkaitan (untuk sesi pagi).