MEMO DALAMAN – SOP MEMBAWA PELAJAR KELUAR UNTUK TERLIBAT DALAM KOKURIKULUM

1. Sekolah dijemput oleh JPN / PPD / sekolah lain untuk menyertai kegiatan kokurikulum (olahraga, sukan dan permainan, kelab dan persatuan, badan uniform), sama ada sebagai 1 pasukan atau sebagai peserta / ahli pasukan.

2. Bergantung kepada kebenaran / arahan  Pengetua, sekolah akan menyertai semua kegiatan tersebut. Dengan itu, guru penasihat adalah dikehendaki untuk menyediakan pasukan sekolah lebih awal.

3. Sebagai persediaan membawa pelajar keluar, sila patuhi SOP berikut:

i. sediakan pasukan – target pencapaian, latihan.

ii. kebajikan – makan-minum, transport, penginapan (jika perlu), pakaian pasukan.  Sila isi nota minta. Perlu mendapat kebenaran saya jika perlu mengangkut pelajar mengguna kereta sendiri.

iii. surat memaklum ibubapa.

iv. surat kebenaran ibu bapa. Hanya pelajar yang mendapat kebenaran ibu bapa sahaja yang boleh menyertai.

v. e-mail memaklumkan guru tingkatan, salinan kepada saya dan PK KK.

vi. guru pengiring. Jika ada peserta perempuan, mesti ada juruiring wanita.

4. Aktiviti seperti lawatan (kelolaan sekolah sendiri) perlu mendapat kebenaran Pengarah Pelajaran Sarawak. Sila isi borang berkenaan 1 bukan sebelum lawatan.

MEMO DALAMAN – PENDAFTARAN PMR 2012

1. AJK Peperiksaan (PMR) akan memdaftar pelajar Tingkatan 3 untuk menduduki PMR 2012.

2. Semua guru adalah diminta untuk memberi kerjasama untuk memastikan:

i. SEMUA pelajar Ting. 3 difaftarkan sebelum 29.02.2012, menggunakan Sistem Aplikasi Pendaftaran PMR VERSI 2012.

ii. Guru Tingkatan memastikan bahawa pelajar mengambil sekurang-kurangnya 7 mata pelajaran tetapi tidak melebihi 9. Semua pelajar wajib mengambil BM. BI, Sejarah, Geografi, Matematik, Sains dan mana-mana satu pilihan KHB.

iii. Calon beragama Islam dimestikan juga mengambil Pend. Islam.

iv. Calon juga boleh memilih mengambil Bahasa Cina.

v. Calon melaksanakan kerja kursusbagi mata pelajaran pilihan KHB, Sejarah, Geografi, dan Ujina Tilawah & Hafazan bagi Pendidkan Islam.

vi. Semua calon beragama Islam juga diuji tentang PAFA.

vii. Guru Bahasa melaksanakan PLBS.

MEMO DALAMAN – SURAT SIARAN KPM BIL. 8/2011 BERKAITAN PENGGUNAAN BUKU TEKS DI BAWAH DASAR MBMMBI

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2011 menjelaskan tentang pelaksanaan dasar MBMMBI yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 2010. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan BI atau BM dalam p&p Sains dan Matematik. Pelaksanaan sedemikian adalah untuk membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.

2. Oleh itu, sekolah boleh memilih untuk menggunakan buku teks dalam BI dan / atau BM dalam p&p Sains dan Matematik, seperti berikut:

i. Ting 1 dan 4 menggunakan buku teks terbitan baharu KBSM dalam BM atau buku teks KBSM dalam BI yang sedia ada.

ii. Ting 2, 3 dan 5 menggunakan buku teks KBSM dalam BI yang sedia ada.

MEMO DALAMAN – PENGGUNAAN BUKU TEKS BAGI PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DI BAWAH DASAR MBMMBI

1. Perkara 3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12 Tahun 2011, bth. 04.11.2011 berkaitan dengan pelaksanaan MBMMBI menyatakan bahawa:

“Surat Pekeliling Bil. 12/2011 ini bertujuan menjelaskan pelaksanaan dasar MBMMBI. Pada prinsipnya, surat pekeliling ini masih mengekalkan keputusan dasar yang dibuat oleh Jemaah Menteri pada 08.07.2009, ia itu mengekalkan kedaulatan bahasa kebangsaan. Keputusan ini membolehkan murid sekolah rendah dan menegah yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan 5 berdasarkan kesediaan guru dan murid sekolah.”

2. Sehubungan itu, sekolah diminta supaya tidak membuat pelupusan buku teks sains dan Matematik KBSM Dasar PPSMI (versi BI) sehingga dimaklumkan.

MEMO DALAMAN - LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Sebagai makluman, berikut terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

  1. Teknik pembacaan buku masih diteruskan seperti biasa. Laporan mesti dihantar mengikut format yang disediakan(rujuk lampiran).
  2. Ketua Panitia mesti maklumkan 1-2  minggu lebih awal setiap program/ceramah anjuran Panitia kepada AJK LDP (kepada Pn Asiyah Hasan bagi sesi pagi dan Pn. Rose Lenguinie Latan bagi sesi petang) . Ini kerana, setiap aktiviti perlu didaftarkan secara dalam talian dan mendapat  kelulusan daripada PPD/JPN terlebih dahulu . Jika tidak mendapat kelulusan mereka, ini tidak bermaksud cikgu tidak boleh mengadakan aktiviti berkenaan, cuma ia tidak akan dikira sebagai aktiviti yang boleh diisi dalam data online e-splg (Sistem Pengurusan Latihan Guru). Sila emelkan maklumat berikut iaitu:
  • Tajuk/nama kursus
  • Penceramah
  • Tarikh mula dan tamat
  • Masa/bilangan jam
  • Tempat
  • Bidang apa (rujuk lampiran ) 
  • Penyokong iaitu sama ada BPG, JPN atau PPD

Sekian, harap maklum.

Daripada Jawatankuasa Perkembangan Kerjaya(LDP)

In the news - 8% of National Service trainees cannot read or write

RAWANG: In a shocking discovery by the Defence Ministry, about 8% of 6,667 National Service trainees from 30 selected camps were found to be unable to read and write.

The findings were based on a pilot project using a module called I-Smart conducted on the third batch of NS trainees in August last year.

“The objective of the programme was to ensure that the trainees had basic reading and writing skills,” said Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi at the Templer Park national service camp here yesterday.

He said the trainees had been categorised into six “bands” and 8% were placed in the lowest band. Dr Ahmad Zahid said they had alerted the Education Ministry.

“We are not blaming the education system. “But we hope they will be able to take the necessary measures to improve the situation,” he said, adding that the module had proven to be a success with 78% or 375 of the 482 students during their stint in NS.

The ministry, he said, was also working with Universiti Pendidikan Sultan Idris to come up with a programme for trainees who are overweight.

The trainees would go through specific programmes based on their body mass index (BMI).

Those found to be overweight would be exempted from intensive activities such as the “flying fox”, said Dr Ahmad Zahid.

KATA PENGETUA:

1. Sekolah telah lama menyatakan ada peratusan tertentu pelajar sekolah menengah yang tidak pandai menulis dan membaca. Tetapi, ianya tidak dinyatakan sebagai ”shocking”. Sekarang, seluruh negara sudah tahu bahasa masalah ini adalah real.

2. KPM telah cuba menangani masalah dengan ini dengan memperkenalkan KSSR bermula 2011.

In the news - 8% of National Service trainees cannot read or write

RAWANG: In a shocking discovery by the Defence Ministry, about 8% of 6,667 National Service trainees from 30 selected camps were found to be unable to read and write.

The findings were based on a pilot project using a module called I-Smart conducted on the third batch of NS trainees in August last year.

“The objective of the programme was to ensure that the trainees had basic reading and writing skills,” said Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi at the Templer Park national service camp here yesterday.

He said the trainees had been categorised into six “bands” and 8% were placed in the lowest band. Dr Ahmad Zahid said they had alerted the Education Ministry.

“We are not blaming the education system. “But we hope they will be able to take the necessary measures to improve the situation,” he said, adding that the module had proven to be a success with 78% or 375 of the 482 students during their stint in NS.

The ministry, he said, was also working with Universiti Pendidikan Sultan Idris to come up with a programme for trainees who are overweight.

The trainees would go through specific programmes based on their body mass index (BMI).

Those found to be overweight would be exempted from intensive activities such as the “flying fox”, said Dr Ahmad Zahid.

KATA PENGETUA:

1. Sekolah telah lama menyatakan ada peratusan tertentu pelajar sekolah menengah yang tidak pandai menulis dan membaca. Tetapi, ianya tidak dinyatakan sebagai ”shocking”. Sekarang, seluruh negara sudah tahu bahasa masalah ini adalah real.

2. KPM telah cuba menangani masalah dengan ini dengan memperkenalkan KSSR bermula 2011.

MEMO DALAMAN - SKIM PINJAMAN BUKU TEKS 2012

Urusan peminjaman Buku Teks  telah selesai dilaksanakan. Adalah menjadi tanggung jawab semua (guru mata pelajaran / Guru Tingkatan) untuk memastikan:

1. Pelajar-pelajar menjaga buku teks yang dipinjam (seperti yang tercatat dalam borang aku janji peminjaman buku teks)

2. Membalut buku teks.

3.  Membawa buku teks ke sekolah untuk kegunaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Menjaga keselamatan buku teks semasa di rumah (semasa banjir atau hujan).

5. Menjaga keselamatan buku teks semasa di asrama.

6. Tidak mengoyak mana-mana bahagian buku teks.

7. Tidak menconteng mana-mana bahagian buku teks.

8. Tidak meninggalkan buku teks di dalam kelas selepas proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

9. Tidak meninggalkan buku teks di asrama semasa cuti (bersepah ti atas lantai asrama).

10. Memulangkan buku teks dengan sempurna pada hujung tahun atau  sekiranya ia tidak lagi diperlukan.

Employees set to enjoy 121 rest days, excluding leave

By ISABELLE LAI
isabellelai@thestar.com.my

PETALING JAYA: Malaysian employees will spend at least 35% of the 366 days this leap year away from work. They will enjoy a minimum of 121 rest days, including weekends and public holidays.

This excludes their annual leave which, according to the Employ­ment Act 1955, is a minimum of eight days for those who have worked for less than two years at a company.

Employees who provide continuous service of between two and five years are entitled to at least 12 days while those serving over five years must receive at least 16 days.

Since three out of the 13 gazetted public holidays – Prophet Muham­mad’s birthday on Feb 5, Hari Raya Puasa on Aug 19 and Malaysia Day on Sept 16 – fall on Sundays, employees will get another three weekdays off.

State holidays, meanwhile, range from three to six days, with Penang and Sabah having the highest number of days and Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan having the least.

Employees are expected to use some of their annual leave to take a long stretch off during the coming back-to-back state and national holidays following Chinese New Year, which falls on Jan 23.

These include Federal Territory Day on Feb 1, Prophet Muham­mad’s birthday on Feb 5 and Thaipusam on Feb 7.

Unhappy employers have warned that this would result in a hit in productivity due to high overhead costs and lessened manpower.

Federation of Malaysian Manu­facturers small- and medium-industries committee chairman Tan Sri Soong Siew Hoong said he felt it unnecessary to replace public holidays that fell on Sundays with Mondays.

Malaysian Employers Federa­tion executive director Sham­suddin Bardan said companies would not be able to operate at optimum levels as many workers would be taking leave.

Kata Pengetua:

  1. Kakitangan harus merancang penggunaan cuti. Pada tahun ini, saya amat menggalakkan guru untuk melawat / melancung; jangan tunggu bersara kerana pada waktu itu, kita sudah tua dan kurang larat berjalan.
  2. Saya memberi KPI kepada BAKSA untuk mengelolakan lawatan sedemikian. Kumpulan lawatan itu bolehlah membuat dokumentasi lawatan supaya kakitangan lain mendapat manfaat juga daripada lawatan tersebut.
  3. Guru mempunyai lebih banyak lagi cuti – ia itu 175 hari termasuk cuti penggal dan hujung minggu.

All abuzz over ‘Ethical Clothing’

Friday January 6, 2012

By JOSEPH SIPALAN and JOSEPH KAOS Jr
newsdesk@thestar.com.my

PETALING JAYA: If you are working at the Defence Ministry, be sure not to wear “clothes that poke eye”.

This was one of the many colourful descriptions of “Ethical Clothing” (etika berpakaian) that is acceptable within the ministry's standards.

Netizens on social networking sites were literally ROFL, which is cyberspeak for “rolling on the floor laughing”, as they shared the link to the ministry's amusing English translation of the staff dress code on its official website.

“Clothes that poke eye” is a literal translation of pakaian yang menjolok mata, which is supposed to mean revealing clothes in Bahasa Malaysia. Other finds included: “collared shirts and tight Malay civet berbutang three”, which, in Malay, is berkolar baju Melayu cekak musang berbutang tiga.

Baju batik lengan panjang berkolar / cekak musang buatan Malaysia, meanwhile is translated as “long-sleeve batik shirt with collar / mongoose fight made in Malaysia”.

There was also “shine closed”, which was translated from kasut bertutup,or closed-toe shoes.

Another was the brief summary of the ministry's history on the website, which read: “After the withdrawal of British army, the Malaysian Government take drastic measures to increase the level of any national security threat.”

The actual summary in Bahasa Malaysia read: Selepas pengunduran tentera British, Kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik untuk meningkatkan tahap keselamatan negara dari sebarang ancaman.

The ministry took down the English translated version several hours after it went widespread on Twitter and Facebook.

A ministry spokesperson said a clarification has since been posted on the website, adding that page hits shot up remarkably yesterday.

The clarification on the website said corrective action was being taken on the related software to ensure translations were accurate.

Kata Pengetua:

  1. Saya memohon supaya apa juga dokumen sekolah yang dikeluarkan disemak dengan teliti. Sekiranya ianya dokumen dalam BI, nasihat guru BI mestilah diperolehi terlebih dahulu.
  2. Kita tidak mampu untuk membuat kesilapan seperti di atas kerana kita institusi pendidikan.

MEMO DALAM – ADAB PEJABAT

Saya mendapati guru masuk ke pejabat saya sedang saya berbincang dengan guru / pegawai lain. Adakala, walaupun saya ada tetamu, guru masuk juga untuk berjumpa dengan saya.

  1. Perbuatan sebegini kurang beradab dan tidak menghormati tetamu atau guru / pegawai lain yang sedang berbincang dengan saya. Kalaupun perkara yang hendak dibincangkan itu sangat penting, tetamu atau guru / pegawai lain itu juga mempunyai perkara yang juga penting ... kalau tidak, dia tidak akan berjumpa dengan saya dalam pejabat! Dalam masa yang sama saya juga perlu menghormati tetamu / guru / pegawai di hadapan saya. Walau bagaimanapun, jika perkara yang hendak dibincang itu adalah between life and death, adab ini tidaklah terpakai!
  2. Perbuatan begini juga dilakukan oleh pelajar kita. Saya rasa ”malu” seolah-olah kita guru tidak mengajar mereka tentang adab ini. Atau, kita tidak mengajar adab ini kerana kita sendiri tidak tahu bahawa perkara ini adalah adab!
  3. Biarlah say menegur perkara ini supaya kita beradab di pejabat orang lain. Saya mengamalkan pejabat terbuka, orang lain mungkin tidak. Saya sendiri, selaku ketua jabatan masih menunggu kebenaran untuk berjumpa dengan ketua jabatan lain / pegawai di pejabat orang lain.

MEMO DALAMAN - SIT-IN

1. Satu daripada KPI sekolah ialah semua kelas apabila ada pelajar di dalamnya untuk p&p, mesti ada guru. Ini adalah semasa p&p dan p&p ini adalah seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu.

2. Apabila guru tidak dapat hadir pada hari persekolahan, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkkan, kebenaran hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan (Pengetua atau PK 1 untuk sesi pagi, PK T6 untuk guru ting. 6, dan PK Petang untuk sesi petang).

3. Apabila kenebaran telah diperolehi, guru hendaklah memaklumkan guru sit-in. Ini adalah untuk membolehkan sit-in dibuat. Perkara 2 dan perkara 3 adalah just a phone call away, maka tiada alasan ianya gagal untuk dilakukan.

4. Guru sit-in akan mengatur sit-in. Mana-mana guru yang dikehendaki untuk sit-in mesti menganggap itu sebagai arahan Ketua Jabatan yang perlu dilaksanakan. Semasa hari persekolahan, tugas guru adalah di sekolah. Oleh itu, tugas sekolah mesti diutamakan. Sekiranya ada alasan yang sangat kukuh sehingga cikgu tidak dapat sit-in, kebenaran daripada Pengetua / wakilnya hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

MEMO DALAMAN – TAKWIM PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAH 2012

1. KPM telah memperkenalkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) secara online. Pada tahun ini, semua markah peperiksaan murid perlu dimasukkan ke dalam SAPS. Pelaksanaan SAPS ini akan membolehkan pihak KPM mengakses markah peperiksaan peringkat sekolah secara langsung.

2. Dengan ini, KPM / JPN telah menetapkan tarikh peperiksaan peringkat sekolah. AJK Ujian dan Peperiksaan hanya perlu menetapkan tarikh mula dan mata pelajaran sahaja, mengikut kesesuaian.

3. Pada tahun ini, belum diputuskan lagi sama ada kita akan membuat kertas peperiksaan secara bersama dengan sekolah lain. Pada tahun 2011, didapati beberapa masalah timbul dalam pelaksanaan peperiksaan sedemikian. Sementara keputusan itu diambil, anggapkan bahawa kita sendiri yang perlu set kertas soalan tersebut. Dengan itu, kita dapat setkan soalan berdasarkan kebolehan pelajar kita, tanpa mengorbankan standard yang telah disetkan dalam peperiksaan awam.

UJIAN / PEPERIKSAAN

TINGKATAN

TARIKH AKHIR PEPERIKSAAN

TARIKH AKHIR KEY-IN MARKAH

Ujian 1

Peralihan – Ting. 6

09.03.2012

30.03.2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Peralihan – Ting. 6

25.05.2012

22.06.2012

Peperiksaan Percubaan

Ting. 3 (PMR)

09.08.2012

30.08.2012

 

SPM 5 (SPM)

14.09.2012

05.10.2012

 

Ting. 6A (STPM)

14.09.2012

05.10.2012

Peperiksaan Akhir Tahun

Peralihan – Ting. 6

09.11.2012

30.11.2012