MEMO DALAMAN – PENYERAHAN SEMENTARA TUGAS PENGETUA

1. Saya akan menghadiri “Taklimat Transformasi Kewangan Koperasi cara Islam” di Merdeka Palace pada 26 – 27 Mac 2012.
2. Saya 28 – 29 Mac, saya akan bercuti rehat.
3. Pada 30 Mac, saya akan terlibat dengan Olahraga MSS Samarahan / pemeriksaan audit.
4. Dengan ini saya menyerah sementara tugas Pengetua kepada Cikgu Ensnat Hj.Sauari, Penolong Kanan 1.
5. Saya boleh dihubungi melalui telefon, sms dan e-mail.

MEMO DALAMAN – PSKPP CAWANGAN SERIAN

1. Pesta Mini PSKPP Bahagian Samarahan akan diadakan pada bulan Jun 2012 di Daerah Simunjan. Dimaklum juga bahawa PSKPP peringkat Negeri akan diadakan di Limbang. Maklumat lanjut akan disampaikan dari masa ke semasa.
2. PSKPP Cawangan Serian telah melantik Konvenor dan Pengurus untuk berbagai jenis permainan yang akan dipertandingkan. Pengurus permainan akan memaklumkan tarikh dan masa pemilihan pemain kemudian.
3. Saya telah dilantik untuk menjadi Konvenor untuk Badminton Senior dan Veteran. Pengurusnya ialah Cikgu Rafi Taizel. Saya juga dilantik Konvenor untuk Tenis. Pengurusnya ialah Cikgu Jatan Beji.

MEMO DALAMAN – PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH BERASASKAN SKPM (PKS-SKPM)

 
1. Rumusan skor PKS-SKPM versi 2003 di portal NKRA http://nkra.moe.gov.my/ boleh diisi pada 23.03.2012 hingga 06.04.2012. Jika ada masalah, boleh berhubung dengan En. Lai Jun Man di Sektor Jaminan Kualiti di talian 082-276267.
2. Dengan ini AJK berkenaan hendaklah memastikan bahawa pengisian dan pengesahan dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir tersebut.

MEMO DALAMAN – SURAT SIARAN KPM TENTANG BAYARAN BALIK PINJAMAN

1. Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) KPM sedang mengurus kutipan balik Pinjaman Pelajaran bagi PPP yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya di bawah program berikut:
i. PJJ- KPM OUM
ii. PKPG
2. Pegawai layak dipertimbangkan kemudahan pembayaran balik sebanyak 25% sekiranya memenuhi syarat berikut:
i. mendapat PNGK 2.75 dan ke atas.
ii. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan tanpa perlanjutan.
iii. Tidak menukar bidang / kursus pengajian.
iv. Bebas daripada tindakan tatatertib.
v. Mengemukakan permohonan dalam tempoh setahun dari tarikh Notis Pembayaran Penuh.
3. Pegawai yang terlibat adalah dikehendaki untuk mengemukakan permohonan pengurangan tersebut dengan menyertakan salinan transkrip dan ijazah dalam tempoh yang ditetapkan. Sebarang pertanyaan – e-mailkan kepadapenguatkuasaan@moe.gov.my.

MEMO DALAMAN – PROGRAM NPQEL

1. IAB akan menganjurkan Program Kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan / National Profesional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) di bawah program Latihan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Akademik 2012 untuk PPP yang layak. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka (face to face) dan juga e-learning. Ini membolehkan peserta menjalani kursus ini tanpa perlu memohon cuti belajar dan melepaskan jawatan hakiki yang disandang.
2. PPP yang berminat boleh mendapat maklumat dan borang dari www.iab.edu.my mulai 15.03.2012 – 15.04.2012.
3. Jika ada pertanyaan – nikmarini@iab.edu.my.

MEMO DALAMAN – PENGURUSAN KESELAMATAN MURID DI ASRAMA

1. JPN telah mengeluarkan surat bil. JPS(W)/SPPK(Hem)/153/02/13/10 Jld.7(47) bth. 12.03.2012 tentang perkara di atas.

2. Surat mengingatkan kita, khususnya para warden untuk sentiasa peka tentang keselamatan dan kesejahteraan penghuni asrama. Para warden hendaklah mengambil langkah untuk memastikan disiplin terjaga di asrama dengan sentiasa mendampingi penghuni. Penghuni hendaklah sentiasa diingatkan tentang disiplin. Peraturan disiplin diletakkan di papan notis.

3. Pelajar yang melanggar peraturan hendaklah diambil tindakan segera. Langkah kita ialah untuk segera memanggil ibu bapa supaya kita boleh berbincang dengan mereka.

4. JPN pernah mengeluarkan surat melarang penghuni berada di rumah / kuarters guru. Ini haruslah dipatuhi oleh semua guru.