Blog ini dibina bagi tujuan mengumpul semua memo dalam dan email dari tuan pengetua Smk Serian. Dimulakan dari 18/03/2010.
1. Semua guru adalah ahli PIBG. Seperti dalam kertas kerja PK HEM tentang perkara ini, guru adalah dipelawa untuk mengikuti rombongan. Sila maklumkan PK HEM sekiranya minat; tempat adalah terhad.
2. Melalui semakan penerbangan AirAsia, didapati bahawa pada 12.12.2012 dan balik pada 18.12.2012, tambang kapalterbang adalah sekitar RM240.00 ulang alik untuk seorang. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada harga tiket semasa apabila tempahan dibuat.
1. Keputusan diambil bahawa Sabtu ganti yang dijadualkan pada 13.10.2012 telah dianjakkan ke Sabtu, 03.11.2012.
1. Dua blok bangunan kelas (A dan C) akan digunakan oleh calon PMR pada 09 – 16 Oktober 2012. Memandangkan peperiksaan ini diadakan pada waktu pagi dan petang, maka sekolah perlu menjadualkan kelas. Maka, ada kelas yang hadir dan ada yang tidak pada masa tersebut. Ini adalah kerana sekolah kekurangan bilik darjah untuk menampung semua pelajar.
2. Jadual kelas adalah seperti berikut:
Kelas Hadir | ||
Tarikh | Menengah Atas | Menengah Rendah |
09 – 12 Okt (Sel – Jum) | Ting 4 (Ting 5, 6A, 6R cuti) | Ting 1 (Peralihan, Ting 2 cuti) |
15 – 16 Okt (Isn – Sel) | Ting 4 (Ting 5, 6A, 6R cuti) | Ting 2 (Peralihan, Ting 1 cuti) |
4. Sekiranya timbul kekeliruan, sila rujuk dengan PK1 / PK Petang.
5. e-Mail PK1 pada 04.10.2012 adalah juga berkaitan (untuk sesi pagi).