PERHATIAN SEMUA GURU
Pihak Jabatan Kesihatan telah memaklumkan tentang peningkatan kejadian kes influenza-like illness (ILI) dan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Sekolah telah diminta untuk mengambil langkah-langkah berikut:
i. Meningkat pemantauan dengan membuat saringan (screening) terhadap pelajar
ii. Meningkatkan aktiviti pemeriksaan dan disinfeksi dengan menggunakan cecair 10% klorox atau lain-lain detergent yang sesuai.
iii. Pelajar yang menunjukkan tanda-tanda dan gejala jangkitan hendaklah diasingkan dengan berehat di rumah untuk tepoh sekurang-kurangnya 3 – 7 hari. Pelajar juga dinasihatkan untuk merujuk kes dengan pihak hospital.
0 comments:
Post a Comment