Perhatian semua guru
-
CRK adalah kemudahan yang telah diberikan kepada guru seperti yang diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan 3 Tahun 2005.
-
Kelulusan CRK mengambil kira:
"Dalam menimbang pemberian kemudahan Cuti Rehat Khas, pihak yang meluluskan hendaklah memastikan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di Sekolah serta di Institusi Pelajaran dan Pengajian Tinggi tidak terjejas".
-
Oleh itu, walaupun seseorang guru itu layak untuk menggunakan CRK, saya perlu memastikan bahawa urusan sekolah tidak terjejas dengan ketidak hadiran terlalu ramai guru. Saya dipertanggungjawabkan atas apa-apa yang berlaku pada hari-hari tersebut, . Sekiranya, perkara berlaku kerana terlalu ramai guru yang mengambil CRK, maka keputusan saya (kerana melulus CRK) dipersoalkan. Oleh itu, mana-mana guru yang telah memohon untuk mengambil cuti untuk memanjangkan cuti Hari Raya adalah dikehendaki untuk berjumpa dengan saya dan mengemukakan alasan kenapa saya harus meluluskan cuti tersebut.
-
Kepada semua guru – Selamat Bercuti.
0 comments:
Post a Comment