Perhatian semua guru:
-
Taklimat berkaitan SAPS telah diadakan di Pusat Akses semalam, melibatkan semua guru.
-
Ini adalah arahan KPM yang perlu kita laksanakan. Walaupun kita menghadapi masalah dari segi capaian, kita perlu berusaha untuk melaksanakan arahan tersebut.
-
Tindakan:
-
Guru Tingkatan memasukkan maklumat pelajar sebelum 07.08.2011. Sekiranya Guru Tingkatan sudah dapat mengisinya awal, sila e-mail kepada semua guru memaklumkan bahawa kerja pengisian itu telah selesai. Saya mendapati bahawa kelas berikut telah siap mengisi data tersebut semalam: 5K6, 4K8, 4K6 dan 4MPV.
-
Guru mata pelajaran mengisi markah-markah sebelum 11.08.2011.
-
Kerja semakan dibuat oleh Pn Nasibah / Cikgu Chong Ngee Moi pada 12.08.2011 sebelum dihantar kepada PPD Serian. Tarikh akhir yang diberikan oleh PPD Serian ialah 12.08.2011.
-
-
Sila pastikan kerja ini diutamakan. Jika ada masalah, sila hubungi Pn. Nasibah / Cikgu Chong Ngee Moi, atau bertanya dengan mana-mana guru lain yang telah mencuba memasukkan data tersebut.
0 comments:
Post a Comment