28/10/2010 - Pelantikan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran

 

Ketua Setiausaha Kementerian PelajaranSaya ingin memaklumkan pelantikan Y.Bhg. Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pelajaran, P.T.D. Gred Utama A sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran, P.T.D. Gred Utama Turus III mulai 29 Oktober 2010 bagi menggantikan Y.Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Haji Awang yang dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mulai tarikh yang sama.
2. Y.Bhg. Dato’ Dr. Rosli, 52 tahun, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pemasaran Strategik dari University of Hull; Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Leeds, United Kingdom; dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perhutanan dari Universiti Putra Malaysia.

0 comments:

Post a Comment