Memo dalaman - surat siaran KPM

SURAT SIARAN KPM
 
Saya mendapati bahawa surat siaran dari JPN dan PPD tentang sesuatu yang berkaitan dengan pekeliling dari KPM lambat diterima oleh sekolah. Apabila surat sampai ke sekolah, tarikh mati tindakan sudah luput atau tinggal 2 – 3 hari sahaja.
Oleh itu, saya mencadangkan supaya guru sentiasa merujuk kepada laman web KPM dan mengambil tindakan awal supaya guru tidak ketinggalan dari segi maklumat.
Contoh terakhir ialah surat ”Surat Siaran Tawaran Permohonan Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa Di Bawah Program Saluran Kedua / UPU bagi PPPLD Ambilan Tahun 2011”. Surat KPM kepada JPN bertarikh 12.01.2011; surat JPN kepada PPD bertarikh 26.01.2011; surat PPD kepada sekolah bertarikh 02.02.2011. Tarikh akhir permohonan ialah 07.02.2011 sedangkan surat tersebut hanya diterima oleh sekolah pada 10.02.2011.
Bagi PPPBS yang masih berminat tentang tawaran seperti contoh di atas, sila layari laman web KPM di www.moe.gov.my
Walaupun sudah lambat, guru yang berminat saya galakkan juga untuk memohon.

0 comments:

Post a Comment