In the news – kes buli

Enforce mobile phone ban in schools, says Wee

STAR, 10.05.2011: PETALING JAYA: Teachers should conduct random spot checks on students to ensure they do not bring mobile phones to schools, said Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/5/10/nation/8651836&sec=nation

Kata Pengetua:

1. Ini berikutan kes seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Selangor, yang dilaporkan oleh The Star pada 08.05.2011. Seorang pelajar perempuan dibuli oleh beberapa orang pelajar perempuan lain, dalam kelas, dan direkodkan melalui handphone dan dimuat naik Youtube.

2. Sebagai langkah mematuhi pekeliling tersebut, JKDS boleh mengadakan spot check dari masa kesemasa. Spot check itu boleh diadakan untuk beberapa buah kelas terpilih kerana kita tidak akan mampu untuk membuat spot check untuk keseluruhan sekolah. Kerja tersebut hendaklah dicatat dalam buku log JKDS, sebagai bukti bahawa kita telah melaksanakan arahan pekeliling.

3. Dalam kes di atas, pelajar dan ibu bapa pelajar yang membuli telah memohon maaf kepada pelajar dan keluarga pelajar yang dibuli. Laporan polis dan tindakan menggantung sekolah tetap dilakukan, tetapi, langkah memohon maaf itu nampaknya cepat meredakan keadaan. Kes ini juga tidak melibatkan berbagai kaum, maka, tidak timbul soal kaum. Ini pengajaran kepada kita. Jika berlaku kes begini, kita perlu memanggil kedua belah keluarga dengan cepat dan bincang.

4. Kita guru juga harus mendengar dan menyiasat, seterusnya mengambil tindakan perlu jika ada pelajar yang mengadu kena buli. Dalam The Star hari ini, dan saya petik:

She said she had complained to the school staff five times about similar incidents.

“They asked my daughter to take note of the students involved but did not take any action.”

Federal Territory Gerakan Youth chief Lau Hoi Keong, who arranged for the meeting, urged the Education Ministry to investigate if the teachers had been negligent.

5. Jika pelajar telah mengadu kepada kita dan kita guru tidak mengambil apa-apa tindakan, kita pula boleh dituduh cuai dalam menjalankan tugas. Dalam kes di atas, guru boleh mengambil tindakan seperti nasihat, amaran, panggil ibu bapa, gantung persekolahan dan sebagainya. Kalau ada, maka, amat mudah untuk menjawab bila kita dituduh cuai.

0 comments:

Post a Comment