MEMO DALAMAN – URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPPS SECARA TIMED-BASED KUP BAGI PERAKUAN CALON TERCICIR TAHUN 2004 – 2011

 
1. Bahagian Sumber Manusia (BSM) KPM sedang menguruskan perakuan calon tercicir buat kali kedua bagi urusan kenaikan pangkat PPPS secara Time-Based KUP.
2. PPPS terlibat ialah
i. PPPS Gred DG41 ke Gred DG44 (KUP) tahun 2004 – 2011
ii. PPPS Gred DG41 ke Gred DG44 (KUP) bagi Ex-PPPLD tahun 2008 – 2011
iii. PPPS Gred DG44 ke Gred DG48 (KUP) tahun 2006 – 2011
iv. PPPS Gred DG44 ke Gred DG48 (KUP) bagi Ex-PPPLD tahun 2009 – 2011.
3. Surat KPM bil KP(PP)SULIT0063/57/53/Jld.3(2) bth 04.08.2011 baru kita terima daripada PPD pada 23.09.2011. Tarikh akhir urusan di atas ialah 15.09.2011. Walau bagaimanapun, jika ada guru yang terlibat (cukup syarat, belum di naik pangkat, dan sebelum ini belum diperakukan), sila maklumkan Cik Jamina. Walaupun sudah melewati tarikh akhir KPM, sekolah akan hantar juga perakuan berkenaan.
4. Sila rujuk surat KPM tentang syarat kenaikan pangkat tersebut. Semua PPPS mesti peka tentang urusan naik pangkat masing-masing kerana ini masa depan dan laluan kerjaya guru.

0 comments:

Post a Comment