Memo Dalaman – penggunaan buku rekod kehadiran pelajar (buku biru)

1. Kita telah menggunakan rekod kehadiran menggunakan excel. Semakan Audit KPM pada tahun 2011 – Audit tiada halangan kita menggunakan cara tersebut.

2. Kita telah sekali lagi disemak oleh Audit KPM (kumpulan lain) pada 27 – 30 Mac 2012. Audit kali - sekolah dikehendaki untuk menyediakan rekod menggunakan buku rekod kehadiran (buku biru).

3. Sekolah akur dengan teguran tersebut. Dengan ini Guru Tingkatan adalah dikehendaki untuk mengambil langkah berikut:

i. Mencetak rekod kehadiran Jan, Feb dan Mac 2012 dan melekatkannya dalam buku rekod kehadiran. Sila aturkan (fit) supaya jadual / table dapat dicetak atas kertas A4.

ii. Rekod kehadiran pelajar menggunakan tulisan tangan (manual) dalam buku rekod mulai 01.04.2012.

iii. Pastikan nama pelajar ditulis setiap bulan dan isi semua ruangan ”Ringkasan” kecuali ruangan ”Disemak oleh GB/PK”.

iv. Hantar rekod tersebut kepada PK1 / PK Petang setiap hujung bulan untuk semakan.

v. Maklumat murid (kalau sudah dibuat) boleh dicetak dan dilekat dalam buku rekod kehadiran di muka surat belakang.

     4. Guru Tingkatan boleh mendapat buku rekod kehadiran tersebut daripada PK1 / PK Petang mulai 15.04.2012, jika belum.

0 comments:

Post a Comment