URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPPS GRED DG44 KE GRED DG48 SECARA TIME-BASED KUP BAGI EX-PPPLD TAHUN 2010 DAN 2011

1. Surat JPN bil. JPS(W)/SPP(unp)/153/08/09/03/02/Jld.3(7) bth. 29.06.2010 adalah berkaitan.

2. KPM akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat PPPS Gred DG44 ke Gred 48 secara time-based KUP bagi bekas PPPLD (ex-PPPLD). Urusan ini mengambil kira setiap 3 tahun pengalaman PPPLD sebagai 1 tahunpengalaman di Gred DG44 dengan had maksimum pengalaman 9 tahun di PPPLD (bersamaan 3 tahun pengalaman di PPPS Gred DG44).

3. Syarat:

i. PPPLD yang telah dilantik ke PPPS

ii. Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG44

iii. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT 2007, 2008 dan 2009

iv. Bebas daripada tidakan tatatertib

v. Telah mengisytiharkan harta

vi. Lulus tapisan keutuhan SPRM

vii. Bebas daripada senarai peminjam tegar Institusi Pinjaman Pendidikan

viii. Lulus (Aras III atau IV) PTK yang ditetapkan, iaitu TK3 di Gred DG44

ix. Diperakukan oleh Pengetua

4. Calon yang diperakukan bagi urusan kenaikan pangkat tahun 2010 perlu berada di matgaji P1T17 atau matagaji yang setaraf di P2T16 atau P3T15.

5. Calon yang diperakukan bagi urusan kenaikan pangkat tahun 2011 perlu berada di matgaji P1T11 hingga P1T16 atau matagaji yang setaraf di P2T10 hingga P2T15 atau P3T9 hingga P3T13.

6. Dokumen yang perlu dikemukakan:

i. Salinan KP

ii. Lampiran C - Kenyataan Oleh Ketua Jabatan

iii. Lampiran B1 (calon layak 2010) atau Lampiran B2 (calon layak 2011) – akan diisi oleh pejabat

iv. Salinan LNPT 2007, 2008 dan 2009

v. Lampiran T1 – Butir-Buti Calon Untuk Tapisan Keutuhan

vi. Salinan Laporan Pengisytiharaan harta terkini (tahun 2006 – 2010)

vii. Salinan slip keputusan PTK

viii. Salinan surat lntikan ke Gred DGA29 oleh SPP

ix. Salia surat lantikan rasmi ke Gred DG41 oleh SPP

x. Salinan surt naik pangkat ke DG44

xi. Lampiran D – Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi Pendidikan / Tabung Pendidikan

xii. Salinan Penyata Perubaha Gaji Kew.8 tahun 2002

xiii. Salinan BRP – akan disedikan oleh JPNS

xiv. Lampiran E - Akuan Pilihan Urusan Kenaikan Pangkat Time-Based Gred DG48(KUP)

7. Semua Lampiran hendaklah ditaip (bukan tulis tangan).

8. Semua dokumen hendaklah disahkan.

9. Tarikh tutup di JPNS ialah 10.07.2010. Sila kemukakan semua dokumen hari ini juga supaya sekolah boleh uruskan dan hantar pemohonan pada Hari Isnin, 12.07.2010

0 comments:

Post a Comment