In the news – guru wanita cedera ditumbukpelajar di Perlis

Friday, 08 April 2011 10:20,  by Utusan Malaysia  

Guru wanitacedera ditumbuk pelajar

KANGAR, 7 APRIL, 2011: Seorangguru wanita, cedera di hidung dikatakan akibat ditumbuk oleh seorang pelajartingkatan dua, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, BukitKeteri, Padang Besar, dekat sini hari ini.


Kejadian berlaku ketika guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, memanggil pelajartersebut selepas melihat satu pergaduhan berlaku di luar sebuah kelas disekolah itu, pukul 12.30 tengah hari.


Jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri berkata, sebaik sahaja dipanggil bagimemberi penjelasan mengenai pergaduhan itu, pelajar terbabit terus menumbukguru berkenaan.


Menurutnya, guru itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini olehrakan-rakannya untuk mendapatkan rawatan sebelum laporan dibuat kepada pihakpolis.


“Ketika kejadian, guru berkenaan yang mengajar mata pelajaran Sejarahdipercayai dalam sesi pertukaran kelas,” katanya di sini hari ini.


Bagaimanapun, guru tersebut ketika ditemui di HTF enggan mengulas lanjut danmasih dalam keadaan terkejut ekoran kejadian itu.


Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Dros ketika dihubungihari ini mengesahkan menerima aduan mengenai kejadian tersebut dan siasatandijalankan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.


Dalam pada itu, kata beliau, polis juga turut menerima satu lagi aduan daripadaseorang pelajar sekolah yang sama mengenai kejadian dia ditendang oleh seorangpelajar lain dan siasatan sedang dijalankan.
 

Kata Pengetua:Kita tidak tahu peristiwa sebenar selain daripada yang dilaporkan melaluiakhbar. Nampaknya, guru ini tidak ada kena mengena dengan pergaduhan pelajar.Apakah pengajaran yang boleh kita pelajari daripada peristiwa begini? Satudaripadanya, mungkin, ialah supaya kita guru tidak menambah stress kepadapelajar. Pelajar itu bergaduh, dia dalam keadaan stress dan adrenalin dalamdarahnya cukup tinggi. Kalau kita memarahi dia, bertambahlah stress pelajartersebut. Biarlah keadaan cukup reda dahulu sebelum menyoal siasat pelajartersebut.

0 comments:

Post a Comment