Memo dalaman – punch in dan punch out

MAKLUMAN SEMUA

Memo dalaman – punch in dan punch out
Dari pemantauan terhadap kad perakam waktu     guru - ingin saya sekali lagi mengingatkan guru tentang perlunya punch-in dan punch-out sebagai     bukti kehadiran guru di sekolah.
Sekiranya guru tidak berbuat demikian, guru     itu boleh dianggap
tidak hadir
lambat hadir untuk bertugas, maka tidak punch      in
punch ini tetapi tidak bertugas
guru balik awal
Saya sertakan sekali lagi Memo Dalam saya pada 06.03.2011:

PERHATIAN SEMUAGURU

1.      Perintah-PerintahAm Bab D, perkara 24 mengatakan “Ketidakhadiranuntuk bertugas oleh seseorang pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulumendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan pegawaiitu dikenakan tindakan tatatertib”.

2.      Pegawaidiarahkan untuk mengetikkan kad perakamwaktu semasa datang dan semasa pulang dari pejabat (dalam kes kita ialahsekolah), mengikut Surat Pekeliling Am Bil. 11 tahun 1981. Pegawaiyang tidak berbuat demikian boleh diambil tindakan tatatertib, selain daripadaperlu menjelaskan kenapa emolument tidak boleh dilucutkan mengikut Perintah-PerintahAm perkara 27(1).

3.      Pegawai tidak boleh mengetik kad tersebut untuk orang lain. Ini adalah melanggarPerintah-Perintah A, perkara 4(2)(f) dan (i) yang mengatakan bahawa

i.                Perkara 4(2)(f): ”Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidakamanah”.

ii.               Perkara 4(2)(i): ”seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah atauberkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagaiingkar perintah”.

4.      Jika guru lupauntuk mengetik kad pada masa yang ditetapkan, guru perlu menyatakan masa guruhadir atau balik dengan tulis tangan. Walau bagaimanapun, sila dapatkantandatangan dan nama saksi untuk mengesahkan tulisan tersebut. Ini adalah untukmengelakkan tuduhan guru cuba mereka-reka masa bagi menutup kesalahan lambatdatang bertugas / balik awal / tidak hadir bertugas.

5.      Jika guru lambathadir kerana tugas rasmi lain / tidak hadir kerana tugas luar / telah mendapatkebenaran terlebih dahulu, sila buat catatan di atas kad tersebut.

6.      Saya menasihatkansemua guru untuk mematuhi segala peraturan ini supaya perkhidmatan guru tidakterjejas akibat tindakan tatatertib.

0 comments:

Post a Comment