Memo dalaman - memantapkan lagi kawalan disiplin pelajar

1. Seperti yang saya umumkan semasa perhimpunan pelajar pada 05.07.2011, Guru Tingkatan adalah diberi kuasa (selama ini pun memang ada kuasa itu) untuk mengambil tindakan terhadap pelajar yang bermasalah.
2. Sila semak penampilan pelajar pada permulaan kelas setiap hari. Jika ada pelajar yang melanggar peraturan sekolah, seperti dari segi pakaian seragam, rambut dan sebagainya, Guru Tingkatan boleh mengeluarkan surat untuk menggantung pelajar, tanpa perlu untuk berjumpa dengan ibu bapa. Tarikh penggantungkan ialah sehingga pelajar itu dapat mengubah cara penampilannnya yang sesuai dengan peraturan sekolah. Contoh: Jika pelajar berambut panjang pada hari ini, pelajar boleh digantung persekolahan mulai hari esoknya atau sehingga rambutnya dipotong pendek.
3. Walau bagaimanapun, jika salah laku melibatkan pengantungan di mana ibu bapa perlu dipanggil, surat tersebut hendaklah ditangani oleh saya, PK 1 atau PK HEM.

0 comments:

Post a Comment