Memo dalaman - penurunan kuasa kepada AJK Disiplin untuk membenarkan pelajar keluar waktu persekolahan

1. Dalam memantapkan lagi peraturan sekolah, saya dengan ini menurunkan kuasa untuk membenarkan pelajar keluar dari kawasan sekolah semasa p&p kepada guru-guru dalam AJK Disiplin.
2. Sebab keluar kawasan sekolah hendaklah dihadkan kepada perkara yang sangat perlu sahaja, khususnya sakit sehingga tidak dapat penumpukan perhatian dalam kelas atau untuk menjaga kesehatan pelajar lain. Walau bagaimanapun, usaha hendaklah dibuat supaya pelajar tersebut balik dengan dijemput oleh ibu bapa.
3. Kes-kes lain yang diutamakan ialah kes kecemasan, urusan pribadi lain yang tidak dapat ditukar masanya dan lain-lain sebab yang munasabah mengikut budibicara AJK.
4. Dalam memberi kelulusan tersebut, utamakan kebajikan pelajar kerana apa-apa boleh berlaku dalam perjalanan mereka balik pada masa di luar waktu balik yang biasa. Sila rekodkan kelulusan dalam buku yang boleh disimpan di bilik JKDS.
5. Pelajar asrama yang memohon balik ke kampung, dan keluar kawasan sekolah di luar masa p&p perlu mendapat kelulusan warden asrama berkenaan.
--

0 comments:

Post a Comment