MEMO DALAMAN - ENROLMEN PELAJAR JANUARI 2012

1. Didapati bahawa enrolmen pelajar seperti pada 31.01.2012 adalah berbeza sangat dengan enrolmen seperti pada minggu pertama Januari. Guru Tingkatan adalah diminta untuk membuat semakan sekali lagi dan memaklumkan PK1 pada 13.02.2012. Selepas itu, saya menganggapkan bahawa angka itu adalah TEPAT. Guru Tingkatan akan bertanggungjawab terhadap angka tersebut.

2. Ketua Warden adalah juga dikehendaki untuk membuat semakan bilangan pelajar asrama dan memaklumkan Penyelia Asrama unutk mmembuat pesanan makanan mengikut bilangan penghuni yang ada. Sekarang pesanan ialah mengikut bilangan seperti pada minggu pertama Januari, ia itu 640. Bilangan penghuni ini adalah kritikal kerana sekolah memesan mengikut bilangan sebenar penghuni dan perbelanjaan makanan untuk setiap penghuni dikira RM13.05 sen sehari, atau lebih kurang RM3,000.00 setahun. Sekiranya silap, sama ada kurang, apatah lagi lebih pesanan, Pengetua boleh disurcaj. Bayangkan kalau kena surcaj untuk 34 penghuni (640 - 606), ia itu lebih kurang RM102,000.00 setahun. Atau saya kena bayar RM8,500 sebulan - orang lain makan, saya kena bayar!

3. Oleh itu, saya mohon supaya bilangan pelajar dihitung dengan TEPAT. Bilangan pelajar bukan hanya dikaitkan dengan makanan asrama, tetapi juga dengan PCG. Sekolah tidak dibenarkan berbelanja lebih daripada peruntukan yang diberi (yang dikira mengikut bilangan pelajar). Kalaupun kerajaan memberi peruntukan lebih tetapi bilangan pelajar kita kurang, kita tidak dibenar menggunakan semua peruntukan, malah diberi arahan supaya memulangkan peruntukan itu.

4. Memandangkan bilangan pelajar ini dikaitkan dengan peruntukan (asrama dan juga PCG), saya meletak ketepatan hitungan bilangan pelajar ini dengan Guru Tingkatan. Untuk kelas yang ada 2 orang Guru Tingkatan, tanggungjawab itu dibahagi dua.

0 comments:

Post a Comment