MEMO DALAMAN – SOP MEMBAWA PELAJAR KELUAR UNTUK TERLIBAT DALAM KOKURIKULUM

1. Sekolah dijemput oleh JPN / PPD / sekolah lain untuk menyertai kegiatan kokurikulum (olahraga, sukan dan permainan, kelab dan persatuan, badan uniform), sama ada sebagai 1 pasukan atau sebagai peserta / ahli pasukan.

2. Bergantung kepada kebenaran / arahan  Pengetua, sekolah akan menyertai semua kegiatan tersebut. Dengan itu, guru penasihat adalah dikehendaki untuk menyediakan pasukan sekolah lebih awal.

3. Sebagai persediaan membawa pelajar keluar, sila patuhi SOP berikut:

i. sediakan pasukan – target pencapaian, latihan.

ii. kebajikan – makan-minum, transport, penginapan (jika perlu), pakaian pasukan.  Sila isi nota minta. Perlu mendapat kebenaran saya jika perlu mengangkut pelajar mengguna kereta sendiri.

iii. surat memaklum ibubapa.

iv. surat kebenaran ibu bapa. Hanya pelajar yang mendapat kebenaran ibu bapa sahaja yang boleh menyertai.

v. e-mail memaklumkan guru tingkatan, salinan kepada saya dan PK KK.

vi. guru pengiring. Jika ada peserta perempuan, mesti ada juruiring wanita.

4. Aktiviti seperti lawatan (kelolaan sekolah sendiri) perlu mendapat kebenaran Pengarah Pelajaran Sarawak. Sila isi borang berkenaan 1 bukan sebelum lawatan.

0 comments:

Post a Comment