MEMO DALAMAN – TAKWIM PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAH 2012

1. KPM telah memperkenalkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) secara online. Pada tahun ini, semua markah peperiksaan murid perlu dimasukkan ke dalam SAPS. Pelaksanaan SAPS ini akan membolehkan pihak KPM mengakses markah peperiksaan peringkat sekolah secara langsung.

2. Dengan ini, KPM / JPN telah menetapkan tarikh peperiksaan peringkat sekolah. AJK Ujian dan Peperiksaan hanya perlu menetapkan tarikh mula dan mata pelajaran sahaja, mengikut kesesuaian.

3. Pada tahun ini, belum diputuskan lagi sama ada kita akan membuat kertas peperiksaan secara bersama dengan sekolah lain. Pada tahun 2011, didapati beberapa masalah timbul dalam pelaksanaan peperiksaan sedemikian. Sementara keputusan itu diambil, anggapkan bahawa kita sendiri yang perlu set kertas soalan tersebut. Dengan itu, kita dapat setkan soalan berdasarkan kebolehan pelajar kita, tanpa mengorbankan standard yang telah disetkan dalam peperiksaan awam.

UJIAN / PEPERIKSAAN

TINGKATAN

TARIKH AKHIR PEPERIKSAAN

TARIKH AKHIR KEY-IN MARKAH

Ujian 1

Peralihan – Ting. 6

09.03.2012

30.03.2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Peralihan – Ting. 6

25.05.2012

22.06.2012

Peperiksaan Percubaan

Ting. 3 (PMR)

09.08.2012

30.08.2012

 

SPM 5 (SPM)

14.09.2012

05.10.2012

 

Ting. 6A (STPM)

14.09.2012

05.10.2012

Peperiksaan Akhir Tahun

Peralihan – Ting. 6

09.11.2012

30.11.2012

0 comments:

Post a Comment