MEMO DALAMAN - SIT-IN

1. Satu daripada KPI sekolah ialah semua kelas apabila ada pelajar di dalamnya untuk p&p, mesti ada guru. Ini adalah semasa p&p dan p&p ini adalah seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu.

2. Apabila guru tidak dapat hadir pada hari persekolahan, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkkan, kebenaran hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan (Pengetua atau PK 1 untuk sesi pagi, PK T6 untuk guru ting. 6, dan PK Petang untuk sesi petang).

3. Apabila kenebaran telah diperolehi, guru hendaklah memaklumkan guru sit-in. Ini adalah untuk membolehkan sit-in dibuat. Perkara 2 dan perkara 3 adalah just a phone call away, maka tiada alasan ianya gagal untuk dilakukan.

4. Guru sit-in akan mengatur sit-in. Mana-mana guru yang dikehendaki untuk sit-in mesti menganggap itu sebagai arahan Ketua Jabatan yang perlu dilaksanakan. Semasa hari persekolahan, tugas guru adalah di sekolah. Oleh itu, tugas sekolah mesti diutamakan. Sekiranya ada alasan yang sangat kukuh sehingga cikgu tidak dapat sit-in, kebenaran daripada Pengetua / wakilnya hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

0 comments:

Post a Comment