MEMO DALAM – ADAB PEJABAT

Saya mendapati guru masuk ke pejabat saya sedang saya berbincang dengan guru / pegawai lain. Adakala, walaupun saya ada tetamu, guru masuk juga untuk berjumpa dengan saya.

  1. Perbuatan sebegini kurang beradab dan tidak menghormati tetamu atau guru / pegawai lain yang sedang berbincang dengan saya. Kalaupun perkara yang hendak dibincangkan itu sangat penting, tetamu atau guru / pegawai lain itu juga mempunyai perkara yang juga penting ... kalau tidak, dia tidak akan berjumpa dengan saya dalam pejabat! Dalam masa yang sama saya juga perlu menghormati tetamu / guru / pegawai di hadapan saya. Walau bagaimanapun, jika perkara yang hendak dibincang itu adalah between life and death, adab ini tidaklah terpakai!
  2. Perbuatan begini juga dilakukan oleh pelajar kita. Saya rasa ”malu” seolah-olah kita guru tidak mengajar mereka tentang adab ini. Atau, kita tidak mengajar adab ini kerana kita sendiri tidak tahu bahawa perkara ini adalah adab!
  3. Biarlah say menegur perkara ini supaya kita beradab di pejabat orang lain. Saya mengamalkan pejabat terbuka, orang lain mungkin tidak. Saya sendiri, selaku ketua jabatan masih menunggu kebenaran untuk berjumpa dengan ketua jabatan lain / pegawai di pejabat orang lain.

0 comments:

Post a Comment