MEMO DALAMAN – PENGGUNAAN BUKU TEKS BAGI PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DI BAWAH DASAR MBMMBI

1. Perkara 3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12 Tahun 2011, bth. 04.11.2011 berkaitan dengan pelaksanaan MBMMBI menyatakan bahawa:

“Surat Pekeliling Bil. 12/2011 ini bertujuan menjelaskan pelaksanaan dasar MBMMBI. Pada prinsipnya, surat pekeliling ini masih mengekalkan keputusan dasar yang dibuat oleh Jemaah Menteri pada 08.07.2009, ia itu mengekalkan kedaulatan bahasa kebangsaan. Keputusan ini membolehkan murid sekolah rendah dan menegah yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan 5 berdasarkan kesediaan guru dan murid sekolah.”

2. Sehubungan itu, sekolah diminta supaya tidak membuat pelupusan buku teks sains dan Matematik KBSM Dasar PPSMI (versi BI) sehingga dimaklumkan.

0 comments:

Post a Comment