MEMO DALAMAN - SKIM PINJAMAN BUKU TEKS 2012

Urusan peminjaman Buku Teks  telah selesai dilaksanakan. Adalah menjadi tanggung jawab semua (guru mata pelajaran / Guru Tingkatan) untuk memastikan:

1. Pelajar-pelajar menjaga buku teks yang dipinjam (seperti yang tercatat dalam borang aku janji peminjaman buku teks)

2. Membalut buku teks.

3.  Membawa buku teks ke sekolah untuk kegunaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Menjaga keselamatan buku teks semasa di rumah (semasa banjir atau hujan).

5. Menjaga keselamatan buku teks semasa di asrama.

6. Tidak mengoyak mana-mana bahagian buku teks.

7. Tidak menconteng mana-mana bahagian buku teks.

8. Tidak meninggalkan buku teks di dalam kelas selepas proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

9. Tidak meninggalkan buku teks di asrama semasa cuti (bersepah ti atas lantai asrama).

10. Memulangkan buku teks dengan sempurna pada hujung tahun atau  sekiranya ia tidak lagi diperlukan.

0 comments:

Post a Comment