MEMO DALAMAN - LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Sebagai makluman, berikut terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

  1. Teknik pembacaan buku masih diteruskan seperti biasa. Laporan mesti dihantar mengikut format yang disediakan(rujuk lampiran).
  2. Ketua Panitia mesti maklumkan 1-2  minggu lebih awal setiap program/ceramah anjuran Panitia kepada AJK LDP (kepada Pn Asiyah Hasan bagi sesi pagi dan Pn. Rose Lenguinie Latan bagi sesi petang) . Ini kerana, setiap aktiviti perlu didaftarkan secara dalam talian dan mendapat  kelulusan daripada PPD/JPN terlebih dahulu . Jika tidak mendapat kelulusan mereka, ini tidak bermaksud cikgu tidak boleh mengadakan aktiviti berkenaan, cuma ia tidak akan dikira sebagai aktiviti yang boleh diisi dalam data online e-splg (Sistem Pengurusan Latihan Guru). Sila emelkan maklumat berikut iaitu:
  • Tajuk/nama kursus
  • Penceramah
  • Tarikh mula dan tamat
  • Masa/bilangan jam
  • Tempat
  • Bidang apa (rujuk lampiran ) 
  • Penyokong iaitu sama ada BPG, JPN atau PPD

Sekian, harap maklum.

Daripada Jawatankuasa Perkembangan Kerjaya(LDP)

0 comments:

Post a Comment