Memo dalaman – Program Gerakan Turun Padang (GTP) JPN Sarawak

1. GTP JPN Sarawak telah melibatkan sekolah kita. Rombongan GTP ke sekolah kita diketuai oleh Ketua Sektor, Sektor Peperiksaan dan Penilaian. Lawatan pertama mereka telah diadakan pada 08.10.2012.
2. Saya telah memberi taklimat kepada rombong tentang KPI sekolah, khususnya berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan awam.
3. Sekolah kita telah mendapat pujian kerana telah membuat pembentangan yang lengkap; keadaan sekolah juga bersih dan “tenang”.
4. Dengan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua Penolong Kanan, Ketua Bidang, Cikgu Siva dan semua KP (sesi pagi dan petang) yang telah berusaha mengumpul data headcount untuk melihat trend kemajuan pelajar. Dengan ini juga, saya berharap perkara berkaitan dengan usaha untuk membantu pembelajaran murid akan menjadi agenda tetap dalam Mesyuarat Panitia, dan direkodkan.
5. Saya akan membentang analisis headcount ini di peringkat negeri pada 17 Oktober ini.

0 comments:

Post a Comment