Memo dalaman – kelas hadir semasa PMR

1. Dua blok bangunan kelas (A dan C) akan digunakan oleh calon PMR pada 09 – 16 Oktober 2012. Memandangkan peperiksaan ini diadakan pada waktu pagi dan petang, maka sekolah perlu menjadualkan kelas. Maka, ada kelas yang hadir dan ada yang tidak pada masa tersebut. Ini adalah kerana sekolah kekurangan bilik darjah untuk menampung semua pelajar.

2. Jadual kelas adalah seperti berikut:

    Kelas Hadir
Tarikh

Menengah Atas

Menengah Rendah
09 – 12 Okt (Sel – Jum)

Ting 4 (Ting 5, 6A, 6R cuti)

Ting 1 (Peralihan, Ting 2 cuti)
15 – 16 Okt (Isn – Sel)

Ting 4 (Ting 5, 6A, 6R cuti)

Ting 2 (Peralihan, Ting 1 cuti)
3. Dengan ini, Guru Tingkatan adalah diminta untuk memaklumkan kelas masing-masing. Bagi kelas yang tidak hadir, sila catatkan ketidakhadiran pelajar sebagai bersebab.

4. Sekiranya timbul kekeliruan, sila rujuk dengan PK1 / PK Petang.

5. e-Mail PK1 pada 04.10.2012 adalah juga berkaitan (untuk sesi pagi).

0 comments:

Post a Comment