Memo dalaman – larangan mengutip yuran


1.        Dimaklumkan bahawa saya tidak ada mengeluarkan kebenaran untuk guru mengutip apa-apa yuran tahun 2013.
2.       Oleh itu, guru adalah dilarang untuk mengutip yuran. Ini termasuk yuran untuk kelab dan persatuan, dan kegiatan kokurikulum.
3.       Kalaupun kelab / persatuan hendak mengutip yuran, yuran tersebut hendaklah dikendalikan oleh pelajar. Ini boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada pendidikan. Ahli kelab / persatuan akan merancang untuk mendapatkan dana, ada AJK yang mengurus perbelanjaan dan akaun.
4.       Amaunnya mestilah tidak membebankan pelajar.

0 comments:

Post a Comment