Pertukaran guru melalui sistem e-GTukar

1.      Mulai pertukaran Jun 2010, semua jenis pertukaran guru adalah secara online melalui sistem e-Gtukar. Sebelum sistem dapat digunakan, guru perlu ada data yang lengkap dan tepat dalam sistem. Guru yang hendak memohon adalah diminta untuk menyemak data dengan PK1. Maklumat akan dikemas kini oleh PK1.
2.      Guru hanya dapat memohon satu jenis pertukaran sahaja – antara negeri, antara daerah atau dalam daerah.
3.      Capaian di http://apps.emoe.gov.my/epgo atau http://www.moe.gov.my
4.      Tarikh penting:
4.1.1.       Permohonan pertukaran dibuka dari 01 – 25 Mac.
4.1.2.      Sila maklumkan saya (lisan, sms atau e-mail) bahawa guru telah membuat permohonan supaya saya dapat membuat pengesahan segera.
4.1.3.      Keputusan akan disiarkan di laman web KPM pada 28 Mei
5.      Guru adalah diminta untuk mematuhi segala arahan on-line tersebut, termasuk menyediakan segala dokumen yang berkaitan yang diperlukan.

0 comments:

Post a Comment