Memo dalaman - penyerahan sementara tugas Pengetua

1. Dimaklumkan bahawa saya akan menjalankan tugas rasmi MSSM di Sarikei mulai 30.03.2010 hingga 01.04.2010. Sementara ketidak hadiran saya, tugas Pengetua dijalankan oleh PK1.
2. Pada 30.03.2010, PK1 akan menghadiri mesyuarat ABM di Kuching. Semasa ketidak hadiran PK1 pada bila-bila masa kerana tugas rasmi seperti itu, tugas Pengetua diserahkan kepada PK HEM.
3. Antara tugas kritikal Pengetua ialah mengambil tindakan segera kepada surat-surat dari KPM / JPN / PPD. Seringkali tarikh mati ditetapkan adalah sangat singkat. Sila patuhi tarikh tersebut. Jika tarikh tersebut tidak dapat dipatuhi, sila hubungi pegawai berkenaan untuk menetapkan tarikh baru.
4. Selain itu, sila hadir sendiri mesyuarat yang memerlukan kehadiran Pengetua. Mesyuarat lain boleh dihadiri oleh guru berkenaan.
5. Sebagai peringatan, hari Jumaat, 02.04.2010 adalah cuti umum Good Friday. Hari Isnin, 05.04.2010 pula, sekolah mengambil Cuti Peristiwa Easter Monday. Selamat bercuti.

--
Salam sejahtera,

Hj Rambli Zainudin

0 comments:

Post a Comment