Tatacara dan prosedur tindakan disiplin

1.      Guru mesti mematuhi peraturan yang terdapat dalam akta / peraturan KPM dan jabatan / surat pekeliling / peraturan sekolah apabila mengambil tindakan terhadap pelajar. Oleh itu, guru harus mengetahui akta /peraturan KPM dan jabatan / surat pekeliling / peraturan sekolah berkenaan. Tidak mengetahui perkara tersebut tidak boleh dijadikan alasan (sama seperti tidak mengetahui peraturan jalan raya, kerana belum membaca semua peraturan tersebut, tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak disaman oleh polis trafik).
2.      Untuk tidak dianggap cuai, JKDS adalah diminta untuk mengadakan ‘spot check’ dari masa ke semasa, boleh secara random. Semakan tersebut mestilah ada rekodnya, dalam buku log JKDS.
3.      Sekolah tidak akan menyembunyikan apa juga masalah disiplin daripada jabatan. Sekolah selama ini pun merujuk kes yang bersifat jenayah kepada pihak polis.
4.      Bagi kes "berprofil tinggi", sekolah akan menggunakan sistem 1-3-7 untuk membuat laporan kepada JPNS, ia itu laporan pertama dihantar pada hari kejadian, laporan kedua selepas siasatan dibuat ,3 hari berikutnya, dan laporan penuh 7 hari berikutnya.
5.      Semua guru adalah sekali lagi diingatkan untuk mematuhi Standard Operating Prosedure (SOP) apabila membawa pelajar keluar dari kawasan sekolah. Kelulusan perlu diperolehi daripada Pengetua dan Pengarah Pelajaran Sarawak. Mana-mana guru yang hendak membawa pelajar membuat lawatan (yang bersifat inisiatif sendiri / bukan atas arahan) dinasihatkan untuk memohon kebenaran 1 bulan lebih awal. Sekiranya tarikh berubah, Pengetua / PPS boleh dimaklumkan kemudian. Yang penting ialah kelulusan bertulis PPS. Saya nasihatkan guru untuk tidak mengambil risiko sendiri.

0 comments:

Post a Comment