Memo dalaman - kejohanan balapan dan padang MSSM Bahagian Samarahan ke-8

PERHATIAN SEMUA STAF

1. Kejohanan Badang dan Balapan MSSM bahagian Samarahan ke-8 telah diadakan pada 22 – 25 Mac 2011 di Stadium Mini Samarahan.

2. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada PK KK dan team yang telah melatih atlet sekolah walaupun dalam masa cuti. Saya menghargai usaha itu kerana tugas tersebut bukanlah mudah. Walau bagaimanapun, atas tanggungjawab dan “kesukaan” (passion) untuk mengharumkan nama sekolah, mereka telah melakukannya dengan jayanya. Dalam masa yang sama, ini adalah antara beberapa usaha kita guru untuk mencipta kejayaan segera dalam diri pelajar.

3. Mulai tahun ini, keputusan ditentukan oleh bilangan emas yang diperolehi. Ini adalah untuk memastikan kecemerlangan dalam olahraga, bukan hanya penglibatan.

4. Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:

Bil / Kedudukan

Nama Sekolah

Emas

Perak

Gangsa

1

SMK Sungai Tapang

16

10

9

2

SMK Muara Tuang

14

2

5

3

SMK Sri Sadong

12

7

11

4

SMK Tebakang

11

10

8

5

SMK Gedong

9

9

12

6

SMK Sebuyau

8

10

9

7

SMK Serian

8

9

8

8

SMK Tarat

8

6

5

9

SMK Taee

6

8

6

10

SMK Asajaya

4

1

2

11

SMK Pasentren ATM

3

9

6

12

SMK Wira Penrissen

2

6

4

13

SMK Tebedu

1

4

5

14

SMK Sadong Hilir

1

2

1

15

SMK Kota Samarahan

0

3

3

16

SMK Balai Ringin

0

2

3

17

SMK Sadong Jaya

0

2

1

18

SMK Simunjan No. 1

0

1

3

19

SMK Asajaya No. 2

0

1

2

5. Dalam apa juga perlawanan, kita telah berusaha, tetapi sekolah lain telah berusaha lebih dalam “mencari” dan melatih atlet mereka. Oleh itu, saya mencadangkan:

i.       Target 2012 ditentukan awal, untuk menjadi johan 2012.

ii.       Guru PJK mengenal pasti potensi awal pelajar kita. Kita mempunyai ramai pelajar dari mana kita boleh mencari potensi itu. Rekod (data base) pelajar dari segi keolahragaan dikumpulkan.

iii. Sistem latihan berlaku sepanjang tahun, mengikut kesesuaian. Latihan intensif diatur sebelum kejohanan.

iv. Sistem ganjaran boleh diadakan di mana pelajar yang mengatasi cabaran kita diberi insentif. Contoh: pelajar dimaklumkan tentang cabaran sekolah. Pelajar yang menyamai pencapaian rekod di peringkat MSSM Bahagian diberi “Baju Emas”.

6. Kita telah tersasar target 2011. Kita perlu set target yang baru untuk 2012 !!!

0 comments:

Post a Comment