PERHATIAN SEMUA GURU

1.      Perintah-Perintah Am Bab D, perkara 24 mengatakan “Ketidakhadiran untuk bertugas oleh seseorang pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan pegawai itu dikenakan tindakan tatatertib”.
2.      Pegawai diarahkan untuk mengetikkan kad perakam waktu semasa datang dan semasa pulang dari pejabat (dalam kes kita ialah sekolah), mengikut Surat Pekeliling Am Bil. 11 tahun 1981. Pegawai yang tidak berbuat demikian boleh diambil tindakan tatatertib, selain daripada perlu menjelaskan kenapa emolument tidak boleh dilucutkan mengikut Perintah-Perintah Am perkara 27(1).
3.      Pegawai tidak boleh mengetik kad tersebut untuk orang lain. Ini adalah melanggar Perintah-Perintah A, perkara 4(2)(f) dan (i) yang mengatakan bahawa
i.                 Perkara 4(2)(f): ”Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah”.
ii.                Perkara 4(2)(i): ”seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah”.
4.      Jika guru lupa untuk mengetik kad pada masa yang ditetapkan, guru perlu menyatakan masa guru hadir atau balik dengan tulis tangan. Walau bagaimanapun, sila dapatkan tandatangan dan nama saksi untuk mengesahkan tulisan tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan tuduhan guru cuba mereka-reka masa bagi menutup kesalahan lambat datang bertugas / balik awal / tidak hadir bertugas.
5.      Jika guru lambat hadir kerana tugas rasmi lain / tidak hadir kerana tugas luar / telah mendapat kebenaran terlebih dahulu, sila buat catatan di atas kad tersebut.
6.      Saya menasihatkan semua guru untuk mematuhi segala peraturan ini supaya perkhidmatan guru tidak terjejas akibat tindakan tatatertib.

0 comments:

Post a Comment