Memo dalaman – kemasukan prestasi yang tercicir bagi pelajar Ting 1 dalam SPPBS

1. Lembaga Peperiksaan telah menyediakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) untuk digunakan oleh guru-guru bagi tujuan kemasukan data prestasi pelajar.
2. Pihak LP mendapati bahawa pada akhir tahun 2012, masih terdapat guru-guru yang gagal memasukkan data tersebut. Saya tidak pasti sama ada ini berlaku di sekolah kita. Dengan ini, guru berkenaan adalah dikehendaki untuk memastikan prestasi pelajar masing-masing dapat dan telah dimasukkan.
3. LP telah membuka semula SPPBS mulai 21.01.2013 – 10.02.2013 untuk membolehkan guru-guru memasukkan data prestasi dan mencetak pelaporan.
4. Dengan ini, semua guru berkenaan adalah diarahkan untuk memastikan arahan ini dipatuhi.

0 comments:

Post a Comment