In the news - 50 pelajar keracunan makanan

 

Metro, 04.02.2013: TASEK GELUGOR: Kira-kira 50 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Tok Jaya dekat sini, mengalami muntah dan cirit-birit akibat keracunan, malam semalam.

Kejadian berlaku jam 7.30 malam selepas kumpulan pelajar lelaki terbabit dari tingkatan satu hingga tiga yang menghuni asrama sekolah menikmati nasi goreng disediakan asrama sebelum mengadu sakit perut.

Tiga pelajar dimasukkan ke wad Hospital Kepala Batas (HKB) selepas mengalami muntah dan sakit perut yang serius manakala baki 47 pelajar sudah dibenarkan pulang ke asrama selepas diberi ubat.
Seorang pelajar berkata, dia mengalami sakit perut yang amat sangat tidak lama selepas makan nasi goreng disediakan pihak asrama sebelum muntah beberapa kali.

“Kira-kira 30 minit selepas makan, saya rasa pening dan loya sebelum termuntah. Bukan saya saja malah, rakan lain yang makan nasi goreng turut mengalami keadaan sama sebelum memaklumkan kepada pihak sekolah.

“Tidak lama kemudian, doktor dan jururawat dari HKB tiba dan memberi ubat. Setahu saya, tiga pelajar dimasukkan ke wad kerana keadaan mereka dikatakan serius,” katanya di sini, hari ini.

Kata Pengetua: Sekolah perlu memastikan bahawa kita tidak “cuai” apabila memeriksa makanan yang disediakan oleh pembekal kepada pelajar kita.

0 comments:

Post a Comment