Memo dalaman – Program Himpunan Guru Muda 1Malaysia (GM1M)

 
1. Pelaksanaan Program Himpunan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) bertujuan untuk merapat dan mengukuhkan barisan para guru muda (umur 23 – 40 tahun) seluruh negara untuk bersama KPM dalam memacukan arus Transformasi Pendidikan Negara (TPN) seperti terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).
2. Produk kepada program ini ialah facebook GM1M di http://www.facebook/gurumuda1MALAYSIA, yang diguna secara berterusan bagi menyampaikan maklumat KPM serta aktiviti GM1M. Selain sebagai medium interaktif sesama GM1M, ia juga adalah medium untuk GM1M menyumbang buah fikiran, idea, pandangan, inovasi, kreativiti dan seumpamanya ke arah pembangunan PPPM.
3. Ingin saya mengingatkan guru supaya menggunakan media ini dengan bertanggungjawab supaya apa juga yang disampaikan tidak menyentuh perkara berunsur sensitive seperti pandangan politik.