Memo dalaman – urusan naik pangkat PPP DG41 / DG44 / DB48

 

1. KPM sedang menguruskan kenaikan pangkat secara Time-Based untuk PPP DG41 ke DG44, DG44 ke DG48 dan DG48 ke DG52.

2. Secara umumnya, syarat kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

i. PPP Gred DG41 yang telah berkhidmat genap 8 tahun pada 2013 (tidak mempunyai pengalaman Ex-PPPLD)

ii. PPP Gred DG41 yang telah berkhidmat genap 8 tahun pada 2013 (mempunyai pengalaman Ex-PPPLD)

iii. PPP Gred DG44 yang telah berkhidmat genap 8 tahun pada 2013 (tidak mempunyai pengalaman Ex-PPPLD)

iv. PPP Gred DG44 yang telah berkhidmat genap 8 tahun pada 2013 (mempunyai pengalaman Ex-PPPLD, tetapi belum menggunakan pengalaman Ex-PPPLD semasa kenaikan pangkat ke DG44)

v. PPP Gred DG48 yang telah berkhidmat genap 6 tahun pada 2013

3. Tempoh pengalaman mengajar sebagai PPPLD boleh diambil kira bagi tujuan kenaikan pangkat ini – ia itu, 3 tahun pengalaman di PPPLD bersamaan dengan 1 tahun pengalaman PPPS, tertakluk kepada maksimum 3 tahun (ia itu 9 tahun pengalaman PPPLD).

4. Dengan ini, semua PPP yang adalah dikehendaki untuk mengemukakan dokumen berikut kepada En Albert sebelum 20 Februari 2012.

i. Salinan KP

ii. Lampiran T1 – Tapisan Keselamatan

iii. Lampiran D – Akuan Pinjaman

iv. Salinan surat lantikan ke PPP DG41 / DG44 / DG48

Nota: dapatkan 4ii dan 4iii daripada Cik Jamina

5. Mana-mana PPP yang layak dan tidak mengemukakan dokumen adalah dianggapkan tidak berminat untuk dinaikkan pangkat. Sebagai pegawai berijazah, guru mesti prihatin berkaitan dengan service matter masing-masing.

0 comments:

Post a Comment