MEMO DALAMAN – CUTI REHAT KHAS SEMPENA CUTI HARI RAYA

Perhatian semua guru

selamat hari raya

  1. CRK adalah kemudahan yang telah diberikan kepada guru seperti yang diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan 3 Tahun 2005.

  2. Kelulusan CRK mengambil kira:

    "Dalam menimbang pemberian kemudahan Cuti Rehat Khas, pihak yang meluluskan hendaklah memastikan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di Sekolah serta di Institusi Pelajaran dan Pengajian Tinggi tidak terjejas".

  3. Oleh itu, walaupun seseorang guru itu layak untuk menggunakan CRK, saya perlu memastikan bahawa urusan sekolah tidak terjejas dengan ketidak hadiran terlalu ramai guru. Saya dipertanggungjawabkan atas apa-apa yang berlaku pada hari-hari tersebut, . Sekiranya, perkara berlaku kerana terlalu ramai guru yang mengambil CRK, maka keputusan saya (kerana melulus CRK) dipersoalkan. Oleh itu, mana-mana guru yang telah memohon untuk mengambil cuti untuk memanjangkan cuti Hari Raya adalah dikehendaki untuk berjumpa dengan saya dan mengemukakan alasan kenapa saya harus meluluskan cuti tersebut.

  4. Kepada semua guru – Selamat Bercuti.

0 comments:

Post a Comment