MEMO DALAMAN – KEHADIRAN UNTUK BERTUGAS

Perhatian semua staf:

1. Bab D, perkara 24 menyatakan “Ketidakhadiran untuk bertugas oleh seseorang pegawai tanpa cuti atau kebenaran terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan pegawai itu dikenakan tindakan tatatertib” dan potongan emolumen, kerana:

i. tidak hadir bertugas

ii. tidak boleh tidak bertanggungjawab

iii. ingkar perintah kerana tidak merakamkan kad perakam waktu. Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 – pegawai awam hendaklah mengetik kad perakam waktu semasa datang dan semasa pulang dari pejabat.

iv. begitu juga perbuatan menolong mengetik kad untuk orang lain.

2. Kad adalah sebagai asas dan bukti / dokumen sokongan untuk membayar gaji pegawai.

3. Jika atas alasan tertentu, pegawai mengetik datang tetapi lambat / tidak kesempatan mengetik / mengetik balik tetapi awal – sila buat catatan atas kad tersebut. Tetapi, saya tidak expect pegawai untuk mengetik lambat datang setiap hari, dan sudah tentu memberi penjelasan pun sukar.

0 comments:

Post a Comment