MEMO DALAMAN – POTONGAN GAJI BULANAN MELEBIHI 60.00%

Perhatian semua staf:

1. Jabatan Akauntan Negara menghantar nama pegawai yang potongan gajinya telah melebihi 60% kepada sekolah setiap bulan.

2. Tanggungjawab saya mengingatkan semua staf kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) yang mengatakan bahawa seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius [perkara 13(1)]. Sila rujuk perkara 13(8) tentang makna keterhutangan kewangan yang serius dan perkara 13(4) tentang tanggungjawab pegawai yang berada dalam keadaan tersebut.

3. Mana-mana staf yang berkenaan, sila ambil langkah yang patut supaya potongan melalui slip gaji tuan tidak melebihi 60.00%.

0 comments:

Post a Comment