MEMO DALAMAN – SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)

Perhatian semua guru:

  1. Taklimat berkaitan SAPS telah diadakan di Pusat Akses semalam, melibatkan semua guru.

  2. Ini adalah arahan KPM yang perlu kita laksanakan. Walaupun kita menghadapi masalah dari segi capaian, kita perlu berusaha untuk melaksanakan arahan tersebut.

  3. Tindakan:

    1. Guru Tingkatan memasukkan maklumat pelajar sebelum 07.08.2011. Sekiranya Guru Tingkatan sudah dapat mengisinya awal, sila e-mail kepada semua guru memaklumkan bahawa kerja pengisian itu telah selesai. Saya mendapati bahawa kelas berikut telah siap mengisi data tersebut semalam: 5K6, 4K8, 4K6 dan 4MPV.

    2. Guru mata pelajaran mengisi markah-markah sebelum 11.08.2011.

    3. Kerja semakan dibuat oleh Pn Nasibah / Cikgu Chong Ngee Moi pada 12.08.2011 sebelum dihantar kepada PPD Serian. Tarikh akhir yang diberikan oleh PPD Serian ialah 12.08.2011.

  4. Sila pastikan kerja ini diutamakan. Jika ada masalah, sila hubungi Pn. Nasibah / Cikgu Chong Ngee Moi, atau bertanya dengan mana-mana guru lain yang telah mencuba memasukkan data tersebut.

0 comments:

Post a Comment