MEMO DALAMAN – KAEDAH PELAKSANAAN TAPISAN KESELAMATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PELAJARAN

Perhatian kepada PPP berkenaan:

1. Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2011 telah memutuskan bahawa pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam dikehendaki menjalani dan lulus tapisan keselamatan sama ada sebelum disahkan dalam perkhidmatan atau selepas disahkan dalam perkhidmatan.

2. Pengesahan pelantikan dan pengesahan dalam perkhidmatan boleh dibuat apabila pegawai telah memenuhi syarat skim perkhidmatan serta syarat lain yang telah ditetapkan oleh kerajaan dari masa ke semasa.

3. Walau bagaimanapun, pegawai masih lagi perlu lulus tapisan keselamatan sama ada sebelum atau selepas disahkan dalam perkhidmatan. Pegawai yang gagal tapisan keselamatan boleh ditamatkan perkhidmatan mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

4. GST yang dilantik oleh KPM hendaklah mengemukakan permohonan tapisan keselamatan dalam tempoh 30 hari dari tarikh lapor diri. Contoh: guru baru.

5. PPPS / PPPLD hendaklah mengemukakan permohonan tapisan keselamatan dalam tempoh 30 hari dari tarikh lapor diri. Contoh: PPPLD yang ke PPPS.

6. Pegawai boleh mengemukakan permohonan tapisan keselamatan secara online melalui aplikasi e-permohonan di www.cgso.gov.my.

7. Adalah menjadi tanggungjawab pegawai sendiri untuk membuat permohonan tersebut.

8. GSTT dan Guru Ganti tidak perlu membuat permohonan tersebut.

0 comments:

Post a Comment