In the news - kaki buli cucuk mata

 

Oleh Abd Rahman Adam, Metro 03.05.2012

abdulrahman@hmetro.com.my

MIRI: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima sebuah sekolah menengah, di sini, nyaris hilang penglihatan selepas mata kanannya cedera dipercayai dicucuk objek tajam rakan sekelasnya yang juga seorang kaki buli dalam kejadian pada Isnin lalu.

Sebelum kejadian, Irma Ashikin Adris, 17, sedang berbual dengan rakan sebelum pelajar lelaki terbabit menghampiri dan mencucuk matanya dengan objek tajam pada jam 11.30 pagi.

Katanya, dia tidak sempat mengelak kerana kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan kelopak mata kanannya luka selain hampir mengenakan anak matanya.
“Saya tidak tahu apa salah saya dan mengapa dia bertindak begitu, tetapi saya memang sering dibuli oleh pelajar terbabit bersama dua lagi rakannya hampir setiap hari sejak awal tahun lalu.

“Sebelum ini, mereka pernah menampar dan memukul bahkan meletakkan paku tekan di kerusi saya. Malah, hampir setiap hari pasti ada saja perbuatan buli mereka menyebabkan saya trauma untuk ke sekolah,” katanya ketika ditemui selepas bersama ibu bapanya membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada hari sama.

Kata Pengetua:
1. Semua guru harus peka dengan pelajar yang kena buli. Mereka merupakan mangsa. Sering mereka tidak memaklumkan guru kerana diancam oleh mereka yang membuli.
2. Jika guru ada maklumat pelajar kita kena buli, sila maklumkan JKDS. Saya minta JKDS menyelesaikan kes dengan serta merta.
3. Langkah pertama – amaran (buktikan dengan catatan). Ingatkan mangsa untuk membuat laporan jika kes berterusan.
4. Tindakan seterusnya – gantung sekolah sehingga jumpa ibu bapa. Kalau perlu, laporan polis (yang lebih berautoriti) dibuat untuk protect pelajar. Dalam kes di atas, jika guru ada maklumat dan tidak / lambat mengambil tindakan, ibubapa boleh persalahkan sekolah.

0 comments:

Post a Comment