Memo dalaman – data pelajar yang belum menguasai 2M

1. PPD Serian memohon data dan maklumat pelajar yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis (2M).

2. Semua Guru Tingkatan adalah diminta untuk mengenal pasti pelajar dan memberi data dengan mengisi borang yang disertakan dan e-mail balik kepada PK Petang (untuk sesi petang) dan kepada PK 1 (untuk sesi pagi).

3. Guru Tingkatan adalah diminta untuk mengisi bahagian “Bilangan murid yang tidak menguasai 2M sekolah menengah” sahaja. Yang perlu diisi ialah: nama, jantina, kaum dan tingkatan (nyatakan kelas sekali, seperti 1A / 4K5).

4. Tarikh akhir ialah 04.05.2012.

5. PK Petang akan mengumpul semua maklumat petang dan membuat ringkasan petang dan menyerah softcopy (e-mail) kepada PK1.

6. PK1 akan menggabungkan maklumat seluruh sekolah dan menghantar kepada Pn. Chela Chin di PPD Serian pada 07.05.2012 juga melalui e-mail ixora75@gmail.com.

0 comments:

Post a Comment