Memo dalaman – disiplin: lesson learned today

1. Guru perlu berhati-hati apabila mengambil tindakan terhadap pelajar.

2. Dari segi surat:

i. surat keluar mesti tepat dari segi pertuduhan. Mestilah ada unsur 1H4W (how, who, what, when, why).

ii. Surat mesti ada tarikh. Kalau berkesempatan, mesti ada no. rujukan.

iii. Arahan kehadiran ibu bapa mestilah ada unsur jumpa siapa, bila (tarikh dan masa), tempat, dan kenapa.

3. Berhati-hati apabila mengambil tindakan fizikal terhadap pelajar. Pelajar, walaupun bersalah, akan melaporkan tindakan guru kepada ibu bapa. Zaman kita dulu, kalau buat salah, kita tidak berani melaporkan peristiwa itu kepada ibu bapa kerana ibu bapa akan menambah hukuman di rumah. Zaman tersebut sudah berlalu.

4. Amat sukar bagi saya untuk mempertahankan tindakan guru yang berbentuk fizikal dan tidak disenaraikan sebagai hukuman yang dibenarkan oleh KPM. Janganlah kerana kita mengambil tindakan terhadap pelajar untuk menjaga  disiplin, kita pula diambil tindakan oleh KPM.

5. Mudahnya – ikut pekeliling yang telah dikeluarkan oleh majikan kita (ia itu KPM).

0 comments:

Post a Comment